Wednesday, 24 May 2017

NASI GORENG TRADISI KELUARGA PAPAREA

Assalamualaikum semua.

Hari ni tetiba je teringat nasi goreng yang masa dulu Paparea kecik2 lagi, arwah ayah selalu masak untuk kami 5 beradik nasi goreng ciptaan beliau. Memang simple sangat dan yang paling sedap pernah kami makan. Boleh dikatakan bila waktu malam kami takda apa nak makan, nampak ada lebihan nasi putih tengahari di dapur, secara automatiknya idea muncul, “Ayah, wat nasi goreng ayah”. Memang arwah ayah akan buat untuk kami.

Bukan tolong masak saja kan, kami mesti la kena tolong juga, macam ramas nasi putih, potong/hiris bawang (yang ni memang arwah ayah tak bagi buat, pisau takut luka jari) dan macam2 lagi apa yang arwah ayah nak kami buat.

Untuk kali ni, resipi ni Paparea nak kongsi pada korang semua kerana ini adalah resipi turun temurun. Kenapa turun temurun? Sebab dari umur Paparea dan adik beradik lain di peringkat kanak2, remaja hinggalah dewasa memang ini la kami makan masakan arwah ayah dan kami praktikkan sehingga sekarang untuk anak2 mamapaparea. Harap2 resipi ini berkekalan sehingga selamanya dalam keturunan SAAD JARAH.

Meh Paparea nak cerita Resipi NASI GORENG TRADISI KELUARGA PAPAREA

Kita layan step by step ok.

Step 1:

Sedia bahan2 memasak dulu. Yang paling penting nasi putih. Takda nasi nak masak apa. Huhuhu...

Bahan-bahan:

1.   Nasi Putih
2.   Minyak Masak
3.   Bawang Putih
4.   Bawang Merah
5.   Bawang Besar
6.   Garam Halus
** Bahan2 ni bergantung kuantiti nasi yang kita nak masak. **

Step 2:

Ramas nasi putih dulu. Selalunya bila amik dari Rice Cooker, nasi mestilah berketul2 kan. Ramas bagi bercerai berai. Hehehe...
Masukkan garam ke dalam nasi tadi secukup rasa korang (ikut kuantiti nasi). Ni cara arwah ayah punya memasak, masuk garam dulu sebelum masak. Hehehe...


Step 3:

Masukkan hirisan bawang besar ke dalam nasi tadi.
Basuh tangan dulu. Gaul nasi tadi sehingga sekata, garam dan bawang bergabung meletop...
 Jadi la macam ni.

Step 4:

Guna kuali sesuai dengan nasi korang. Panaskan kuali tadi dengan api yang sederhana.
Kemudian masukkan minyak masak. Tunggu sehingga panas.
** Minyak masak ni. **

Step 5:

Masukkan hirisan bawang putih dan bawang merah@kecik.

** Tomeh sehingga keluar bau wangi, mmmmmm.... **

Step 6:

Masukkan nasi bergabung meletop tadi tu.

** Macam biasa la, kucai bagi masak. **

Siap sudah Resipi Nasi Goreng Tradisi Paparea paling simple.

Memang senang yang amat. Walaupun nampak pelik sikit cara memasaknya. Ini adalah resipi keluarga, arwah ayah Paparea. Korang macamana? Mesti ada resipi menarik keluarga yang selalu korang makan sejak kecik lagi kan.

Anak2 Paparea memang kegemaran depa nasi goreng ni. Bila untuk anak2, Paparea akan Upgrade sikit resipi ni dari segi bahan2nya. Untuk resipi Paparea pulak boleh klik link ini NASI GORENG SIMPLE PAPAREA.

Carian berkaitan:

1.  Nasi goreng simple
2.  Nasi goreng putih
3.  Nasi goreng bawang
4.  Nasi goreng family
5.  Nasi goreng ayah
6.  Nasi goreng mudah dan sedap
7.  Nasi goreng garam

Sekian, terima kasih pada semua yang sudi singgah Blog Mamapaparea.

Bye bye, jumpa lagi di next entri.

By:

PAPAREA

No comments: