Sabtu, 27 Mei 2017

NASI GORENG SIMPLE PAPAREA

Assalamualaikum pada semua...
Salam Ramadhan Al-Mubarak 1438H/2017

Hari ni hari pertama kita berpuasa pada tahun ni. So, nak tanya ni... apa menu Sahur@Soq korang pagi tadi?hehe

Menu Sahur bagi Paparea & Mamarea pagi tadi ialah Nasi Goreng Simple ilham dari Paparea punya. Nama Resipi ni ialah NASI GORENG SIMPLE PAPAREA. Nin dia... nasi yang kami makan ketika bersahur tadi.

Selain tu, biasa la setiap awal pagi mesti ada Supplement Terbaik, ESP (Energizing Soy Protein). Perkara wajib di bulan puasa ni mesti ada yang ni untuk tenaga ketika berpuasa di siang hari. Dan perut pun tak sakit meragam. Maklumla Mamarea ada Gastrik dulu. Sekarang dia tak de masalah berpuasa dah. Alhamdulillah lah kan. 

** Sebelum Ramadhan, prepare barang bersahur. **
** Ini barang Wajib kena ada time bersahur **

Jadi sekarang jom start resipi Nasi Goreng Simple Paparea pula na...

Step 1:

Sediakan bahan2 untuk memasak. Sama seperti entri sebelum ni Nasi Goreng Tradisi Paparea cuma ada upgrade sikit dari bahan2 masakan. Bahan2nya ialah:

Bahan Goreng Nasi
1.   Nasi Putih
2.   Minyak Masak
3.   Garam
4.   Bawang Merah@Kecik
5.   Bawang Besar
6.   Bawang Putih
7.   Sayur Campur
8.   Daging @ Ayam @ Sosej



Bahan Telur Goreng (Extra)
1.   Telur Ayam
2.   Sayur Campur
3.   Kicap
4.   Sos Tiram
5.   Sos Cili
6.   Mayonis
7.   Garam

Step 2:

Masukkan Garam dan Bawang Besar ke dalam nasi putih. Gaulkan sehingga sehingga bercampur aduk semua.


** Gaulkan Garam dan Bawang dalam nasi tadi. **

Step 3:

Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan.


Goreng Daging @ Ayam @ Sosej (tak terlalu garing).
Nampak macam dah nak garing, masukkan bahan tomeh bawang putih dan merah. Tomeh sehingga ada bau.

Step 5:

Masukkan nasi tadi dan kucai kasi masak.


Step 6:

Letak sayur campur dan gaul hingga betul2 masak.

Siap sudah nasi goreng.

Step 7:

Untuk goreng telur pulak, semua bahan untuk resipi telur diadunkan hingga sebati. 


Step 8:

Goreng macam biasa la korang goreng telur la ye. Api gas jangan terlalu kuat takut nanti hangit.



Okay, siap semuanya. Tersangat simple kan. Dah boleh makan soq@sahur. Mmmmmm.....

Tak lupa akhir sebelum habis waktu bersahur, jangan lupa minum susu+ ESP 1 skop + Nestum atau Oat. Mamarea prefer Oat sebab dia nak menyusukan baby Daniyal. PapaRea suka Nestum. Awal tu jamah sebiji atau 3 biji kurma perlahan-lahan juga untuk tenaga. Ambil angka ganjil ikut sunnah. Bila minum susu memang tahan berpuasa tau. Korang cubalah. 

Sekian, selamat bersahur dan menjamu selera.

Carian berkaitan:

1.  Resipi nasi goreng
2.  Resipi nasi goreng simple
3.  Nasi goreng mudah
4.  Nasi goreng sedap tapi mudah
5.  Nasi goreng simple dan sedap


Thanks korang semua sudi layan Blog MamaPapaRea.

By

PapaRea

4 ulasan:

  1. Hai, perghh mmg ringkas resipi ni. Org bujang pun blh try. Sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye, sedap ka? Dah cuba ka ni? Masa bujang mula belajar yg ni. 😁😁😁 Tq Visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  2. Wow, nmpak sedap. Mmg simple sgt bagi org bujang. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah try ka? 😊😊😊 Style masak zaman remaja dlu² tu. Apa²pun Tq Visit My Blog 😉😉😉

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...