Sunday, 13 March 2016

RESIPI AYAM MASAK BUTTER ( BUTTER CHICKEN ) SIMPLE DAN SEDAP..YUMMY!!!

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,




Hari ini saja nak share resipi yang adik saya ajarkan dulu pada saya. Cuma resipinya saya dah ubahsuai mengikut citarasa saya dan suami. Almaklumlah, suami saya tak suka isi ayam semata. Dia suka bahagian-bahagian tertentu dan tidak gemarkan dada ayam. Huhuhu. Saya dah banyak kali buat hidangan ini sebab saya suka susu. Jadi banyak makanan berkaitan susu saya akan makan. Resipi ini saya suka ia cair sedikit sebab saya suka kuahnya.

First time buat dulu, saya gunakan isi ayam. Bagi saya yang gemarkan isi ayam pula, rasanya tetap sedap. Ia bergantung kepada anda sama ada nak guna isi ayam atau bahagian-bahagian ayam lain seperti paha dan sayap ayam.  So, silakanlah mencuba jika teringin.

Bahan-bahan :

Ayam ( Paha dan sayap, nak guna isi ayam saja pun boleh )
Tepung jagung ( Jika tiada, boleh ganti tepung kentucky)
1 biji telur
1 SK serbuk kari
150ml susu cair ( atau ikut kuantiti ayam )
2 SB butter
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
3-5 biji cili padi ( ikut citarasa pedas )
1 SB gula
1 SK garam




Cara Penyediaan :

1. Perapkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kari.
2. Celup ayam ke dalam telur dan golekkan ke dalam tepung serta goreng hingga masak.


3. Apabila dah goreng semua, sediakan bahan untuk kuah.
4. Masukkan butter tadi. Api sederhana.

\

5. Masukkan bawang putih yang dicincang, kemudian masukkan cili padi.




6. Masukkan daun kari. Gaul hingga naik bau. Kemudian masukkan susu cair dan gaul rata.



7. Masukkan gula dan garam ikut citarasa anda.
8. Masukkan ayam yang sudah siap digoreng tadi dan gaul sebati.


Siap..Taraaa!!!!




Saturday, 5 March 2016

MOIST ROASTED CHICKEN PALING SIMPLE DAN SEDAP

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, hari ni menu simple saja yang terlintas dalam fikiran. Disebabkan suami saya peminat tegar ayam maka selalulah bereksperimentasi dengan pelbagai menu berkaitan ayam. Selama ni,dah buat nasi ayam, nasi lemak ada ayam goreng, ayam masak kicap, ayam masak sambal, kari, kurma, kunyit, halia, ayam bakar pun ada..tak tahu dah nak buat apa dengan ayam oo ayam...hehe.

Akhirnya saya pun buatlah resipi terlajak simple menggunakan bahan-bahan yang sentiasa ada kat dapur rumah. Mudah sahaja. Bagi yang suka ayam, sedap dimakan dengan nasi putih. Ni kali kedua saya buat. So, mari kita lihat resipinya yang saya create sendiri. hahaha. Gelak pasaipaa.

Bahan-bahan

Ayam (saya guna dua ketul sayap dan 1 paha ayam, boleh saja lebih sikit)

Bahan kisar :
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 SK lada hitam (ditumbuk kasar dahulu)
1/4 kiub ayam Knorr
1 SK gula
1/2 SK garam
1 SB sos cili
1 SK sos perasa Maggi
3 titik minyak bijan (bagi wangi)

***Saya guna pemanggang ajaib, maka aluminium foil kena ada k.

Cara Menyediakan :

1. Panaskan ayam sekejap dalam pan untuk keluarkan air lemak ayam yang boleh hanyirkan rasa ayam. Sehingga ayam nampak kering sedikit.




2. Masukkan ayam tadi ke dalam aluminum foil. Masukkan juga bahan kisar dan ratakan. Cantumkan bahagian hujung foil dan lipat. Semua bahagian tertutup.



3. Panggang dalam pemanggang ajaib selama 35 minit dengan api kecil.

Taraaa!!! dah siap..senang sangat kan.



Rasanya sedap. Alhamdulillah.

k,

Much Love.



Thursday, 3 March 2016

Pengalaman ERPOC

P/S : dah lama taip, duduk dalam draf..ni baru dapat publish...

19hb MEI 2015, Saya admitted to Hospital Tuanku Fauziah(HTF) untuk prosedur Evacuation of retained products (ERPOC).

Mula-mula terima berita ini, pada usia kandungan almost 11 weeks. Ya Allah, hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya dalam dada ini sebab terlalu sebak. Sedih dan tertanya2 silapnya di mana. Akhirnya, saya redha dan akur dengan takdir Ilahi..Mungkin ada hikmah semua ini terjadi.Ada sesuatu Allah nak sampaikan kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah..

Pengalaman ini memberi pengajaran yang sangat besar buat saya..walau nampak biasa namun meninggalkan kesan dalam hati saya untuk saya perbaiki diri dari ke hari..perbaiki solat..perbaiki sikap, perbaiki perkataan yang keluar dari mulut..perbaiki niat dan sebagainya. Janganlah kita asyik mengeluh bila sakit walau sikit pun..sakit itu satu kifarah. nikmat..yang tidak semua orang perolehi. Ia salah satu cara Allah menyampaikan rasa kasihnya kepada kita untuk kita menyedari perkara yang kita mungkin  tidak sedari sebenarnya tidak baik untuk kita amalkan. Kadang-kadang kita rasa dah cukup baik, tapi sebenarnya kita terlalu manjakan diri untuk nak merasa selesa dan gembira sahaja.. Kita lupa pada mereka yang sedang menghadapi kesulitan, kesakitan. Kita lupa untuk mendoakan mereka sekali.

oklah, saya masuk bab ERPOC la sebelum banyak sangat bercakap..huhu..

Untuk pregnancy kali ini, saya telah buat kad merah awal di Klinik bumbung biru kangar (Klinik kesihatan Kangar) pada seawal 6 minggu. Sebab suami ada kursus, jadi, saya tak mahu lewat sebab masa mengandungkan Rea Hanna, saya buat kad merah pd minggu ke7, itupun dah dikira lewat oleh doktor masa tu..So, saya pun..pergi buat awal..alahan dah start pada minggu ke6 tu..tapi tak teruk sangat cuma lemah longlai jee..

So, siap buat kad merah, akan ada appointment pada tarikh seterusnya dengn doktor yakni scan kali pertama. So, balik rumah...7-8minggu, alahan dah makin teruk, kembung jangan cakaplah..gastrik pn sakit. Masa tu suami kursus kami ikut sekali teman sambil ziarah adik beradik di Klang dan Temerloh Pahang..Badan sangat-sangat lemah..muntah-muntah..pening dan sebagainya. Lagi-lagi jalan jauh, Lagi sakit kepala..asyik nak tidur saja tak mau buat something pun. Tapi kerana jaga Rea Hanna, saya gagahkan diri juga untuk pesah dia. Bagi dia makan dsb. Untuk dukung dia, memang tak dapatlah..suami saja dukung.sb tak larat sangat-sangat mcm terumbang ambing bila jalan, tambahan saya pembawa talasemia, HB rendah, tekanan darah pun juga rendah jadi teruk sikitla badan macam nak pitammmmm je. Hanya orang yang mengalami akan rasa, wajah jangan cakaplah sembap, kusam, pucat lesi..aiii..serabainyelah..

So, habis kursus, balik rumah dan hampir minggu ke 9, saya pergi ke klinik untuk temujanji hari tu dan RCU yang pertama dengan doktor gynae. So, berdebar-debar tunggu scan. Saya tunggu lama dengan debaran makin kuat. Selalu tak berdebar macam tu..memang tunggu 2-3jam, tapi dah biasa. Kali ni, debar tu lain mcm. So, tiba turn saya jumpa doktor. Okey. Lepas tanya itu ini, doktor suruh baring atas katil untuk scan. Lama dia renung screen Mesin Pengimbas  tu doktor duk putar-putar kat bahagian bawah perut . Kemudian doktor kata tumbesaran baby okey, 8 minggu lebih..cumaaaa....jantung je tak nampak berkedip-kedip, tak jumpa pun jantung baby, selalunye dah nampak berkedip-kedip. Hati tiba-tiba macam stop kejap. Haaa...yeke...terkejut..tapi terus berdoa, moga-moga tak ada apa-apalah baby saya. Lama doktor cari, tapi tak jumpa pun. So, doktor kata, mungkin kecil lagi atau puan mengalami missed miscariage?haaaaaaa...lagi terkejut. Lalu, saya tanya "Doktor, maksudnya baby saya sekarang macam mana keadaannya. Doktor jelaskan, kemungkinan tak nampak lagi atau baby tak jadi. Glupppp!!! Hati siapa yang tak terkejut. Kemudian dia  tanyakan pendarahan ada tak. Saya kata tak ada apa-apa pendarahan hingga hari ini.  malah saya masih alah, perut pula makin besar. Saya tanya, ada tak kes macam saya ni. Ye, banyak katanya..Selalunya samada tak nampak lagi atau baby dah stop perkembangannya. Alahai hati saya risau bukan kepalang, berdoa dalam hati minta diselamatkan bayi dalam kandungan. Saya pujuk hati mungkin kecil lagi. Tak apa. Nanti scan lain.

Doktor tulis explanation dalam buku merah Klinik
untuk rujukan Klinik Pakar Obygyn nanti 
Doktor kata, saya akan dirujuk ke Klinik Pakar OBYGYN HTF..untuk scan dan pengesahan.

So, Pada 14hb Mei 2015, saya pun pergi ke klinik pakar untuk scan kali kedua. Hati memang tak sedap hmm. Takut semua ada, risau amat. Saya pergi dengan suami dan anak. Suami jaga anak. cek urin, masih positif hamil. Lega sikit perasaan. Tunggu punya tunggu, sampailah nama saya dipanggil. Okey, saya masuk dengan perasaan tak keruan. Berdebar sepanjang masa. Doktor pelatih yang cantik sedang handle kes saya. Dia tanya itu ini kemudian ajak pergi scan. Kali ni scan melalui bahagian bawah. So, bila dimasukkan scanner melalui alat sulit kita pesan saya kena relax dan jangan keraskan tubuh. Jadi, dia tak kan rasa sakit. Bila scan, terasa pula ngilunya sebab doktor pelatih gerak kiri ke kanan dalam rahim sebab tak jumpa kedipan jantung. Lama dia cari. Akhirnya, dia panggil doktor India yang sangat ramah. Dia scan sekali lg..lama juga cari kiri kanan atas bawah tak jumpa juga. Mesin Pengimbas (Ultrasound) pula black and white, dan kabur-kabur .So, doktor India tadi ajak naik tingkat atas, guna Mesin Pengimbas berwarna dan lagi advanced. Naik tingkat atas ikut dua orang doktor tadi dan seorang nurse. Saya baring lagi dan scan lagi..Lama juga scan. Lepas tu doktor kata, "Puan, baby puan tak nampak jantung. sepatutnya, kita akan nampak jantung berkedip-kedip tapi tak nampak langsung. Baby pula dah stop pembesarannya pada almost 9minggu. Hati saya makin duk dak dak berdebar kencang mendengar satu persatu perkataan yang doktor sampaikan. Dia cuba perlahankan dan berhati-hati ketika menjelaskan. Dia sambung lagi..

"So, baby puan dah tak ada". Tanpa dipinta, mata saya rasa panas. Walaupun saya cuba kuatkan hati untuk tidak menitiskan air mata tapi rasa sebak menyesakkan dada lalu akhirnya air mata jatuh juga. Lama saya tak dapat keluarkan suara, saya senyap dan cuba menahan tangis. Otak mula ligatberfikir, lepas ni, saya macamana, sakit tak prosuder seterusnya, saya dengar sakit yang amat. Lagi pula tak pernah dalam family pengalaman sebegini. Tapi sebab menahan sebak suara masih tak dapat keluar..Doktor bagi masa saya tenangkan diri. Thanks doktor yang sangat memahami. Selepas saya cuba hentikan tangisan, saya terus tanya apa saya kena buat selepas ini. So, doktor explain tentang missed abortion. Dia beri masa 3-4hari, kemudian suruh admit ward untuk pembedahan minor erpoc atau cuci rahim. Saya tanya sakit tak. Dia kata, tak. Saya akan dibius dan tak rasa sakit. So, saya bagitau tolong explain pada suami. Dia pun kata ok boleh panggil suami. Saya panggil suami. Suami macam hairan sedikit, nampak mata saya berair, tapi saya gagahkn diri tak menangis dan bagitau baby dah tak ada. Dia cuma mampu berkata.."jadi."suaranya longlai... (suami saya jenis lambat reaksinya, kaku terpana ja tak tahu nak cakap apa)...saya kata, kena buat pembedahan cuci rahim. Suami masuk skali dan dengar sama explaination dari doktor tadi. Alhamdulillah suami faham dan beri sokongan.

Penerangan doktor pelatih untuk diberikan sekali dengan resit kemasukan wad
Balik rumah saya google pasal ERPOC dan baca mengenainya. Ada blogger kongsikan pengalaman mereka dan sangat membantu saya dalam memahami prosedur erpoc yang akan saya lalui. Sebab itulah saya suka kongsikan pengalaman saya di sini, kerana daripada baca bloglah saya dapat tip yang banyak membantu. Terima kasih banyak.

Kemungkinan inilah prosedur ERPOC sama macam prosedur D & C
Hari isnin 19hb Mei tu, saya masuk wad. Kali ni sangat berdebar  pula selagi tak lalui erpoc tu. Semasa masuk wad, doktor akan terangkan prosedur pembedahan dan sign beberapa borang yang perlu sebab ada risikonya untuk jalani pembedahan. Saya baca dan sign saja. Kalau tak sign tak rela lah dibedah. 

So, masuk wad dapat kawan-kawan yang sangat ceria smpai saya asyik tergelak-gelak dengar lawak mereka. Terlupa sekejap masalah melanda,  walaupun masing-masing ada masalah kesihatan sendiri. Bila waktu tidur, pegang perut yang masih bulat, rasa hiba sangat, esok anakku akan dikeluarkan dari rahimku, maafkan mama nak kalo mama ada tersilap. Walaupun sementara tapi baby dah pernah menghuni ruang rahim ini. Rasa sebak akan kehilangannya.

12 jam sebelum pembedahan saya kena puasa. So, untuk kuatkan diri esok, saya minum susu banyak-banyak untuk elak lapar dan air kosong. Saya makan nasi sebelum waktu start puasa. Selepas pukul 8malam, saya tak makan nasi dah, cuma saya masih minum air..sebab takut dahaga. Alhamdulillah, minum susu dan air memberikan tenaga kepada saya sampai keesokan harinya. Tak rasa rasa lapar walaupun saya ada gastrik tak rasa sakit dan badan masih kuat. Alahan masih ada sikit. So, malam tu tidur cukup-cukup sebab nak bangun awal esok bersiap-siap untuk pembedahan esok.

Keesokan paginya saya bersiap-siap, doktor panggil untuk masukkan ubat ke bahagian belakang serviks(doktor kata) melalui liang faraj. Setahu saya, ubat itu untuk melembutkan bahagian serviks untuk memudahkan proses erpoc nanti. Tetapi, tak sampai sejam saya dah dipanggil untuk masuk ke bilik bedah sebab saya orang pertama untuk memulakan operasi pembedahan hari itu. Cuma, adalah rasa mild sikit cramp dekat bahagian bawah perut tapi sikit saja. Mungkin kalau lama, rasa sakit kot. Sayatak sampai sejam pun .Mungkin tak berapa nak absorb pun. Risau juga. So, saya disuruh buka semua baju dan pakai baju untuk pmbedahan. Baju putih dan bahagian belakang so seksiiii..adoi..rambut ditutup. Saya ditolak ke bilik bedah. Jauh juga di tingkat 1. Wad kami di tingkat 3. Sampai di bilik bedah seram sejuk rasanye..So, medical staff suruh saya sebut nama dan nombor ic. Tukar katil tapi tak perlu bangun. Kemudian buka baju. Cuma selimut saja. Masuk ke dalam ruang menunggu untuk masuk ke bilik bedah. Ada 4 bilik bedah, Saya d bilik bedah pertama. Sejuknye Ya Allah...saya menggigil-gigil sampai gigi terketap-ketap. Semasa menunggu, seorang staf lg tganya nama, ic dan pembedahan apa. Kemudian dia tanya ada masalah apa, gigi longgar ke, gigi tak ada ka , ada asma ka atau apa-apa. Saya kata, tak ada masalah cuma ada kahak sikit????hmm?mcm pelik je nurse tu. Tapi dia kata, oo ok. Masa tu tiba-tiba rasa sesak nafas, hidung tersumbatlah, macam-macam . Kemudian tiba-tiba rasa dalam hati..oo..selamatkah aku nanti (sebab pertama kali masuk bilik bedah)...hidup ini akan berhenti di sini ka..selamatkah proses pembedahan ini..macam-macam dalam otak fikiran, rasa macam nak mati pun ada. Rasa macam sat lagi sedar atau tak sedar terus. Berdoalah saya, minta ampun..mohon Allah selamatkan..mohon Allah ampunkan segala silap saya padaNya, pada ibu bapa, suami dan keluarga..sahabat handai dan sesiapa pun. Takut rasanya tak dapat melihat dunia lagi. Banyaknya lagi perkara yang perlu diperbaiki andainya dijemput maha pencipta..Tapi siapalah kita utk menidakkan.Semua adalah ketentuannya dan kita kena redha dengan Qada dan Qadar Allah. Melihat patient lain yang lebih teruk sakitnya dan akan melalui proses pembedahan yang lama, membuatkan saya merasa kasihan. Sedangkan saya lalui pembedahan minor saja pun rasa macam-macam, apelah yang sedang bermain di fikiran mereka. Selamatkanlah kami semua Ya Allah.

Sebelum masuk bilik bedah, air yg masuk dalam drip kat tangan dibuka kemudian dimasukkan ubat..wooooo..sakitnyeeee, sakit sangat bila tiba-tiba masuk ubat cecair sekaligus masuk dalam drip. Kemudian masuk sekali lagi. Ooo lemah badan, sakit sangat nak tahan tapi kerutkan muka je. Bila tiba masanya, saya ditolak ke bilik bedah. Di dalamnya saya nampak ada beberapa org mengeremuni saya. Seorang pasangkan wayar d dada, masukkan ubat ke dalam drip lagi yang tu tak tahan. Sakit sangat. Di sudut sebelah kanan ada seorang doktor tulis details mengenai saya. Nama, umur, pembedahan apa, masalah apa, siapa doktor handle. Saya tengok saja dalam hati berdebar kencang sebab takut sangat dalam hati. Tak pernah alami keadaan macam tu, tapi rasa insaf terus sebab rasa macam dah hampir dengan kematian. Begitulah mereka yang sedang sakit. Tak pernah kita tahu kesusahan mereka, gelodak perasaan mereka. Kita tengok je. Seorang pembantu doktor pasangkan gas ke mulut. Alahai tak selesanya, ada gas masuk mata. Saya tolak tangan dia, saya kata tak selesa dan macam tak dapat bernafas. Dia kata, tak pe, tak selesa sikit tapi dia terus tekap kat mulut sambil kira 1,2,3....luppp tak tau apa jadi, gelap gelita, Tiada apa-apa. Kosong. Tidur yang tiada mimpi, langsung tiada apa..rasa mcm dimatikan sekejap.

Sedar-sedar je, dah pukul1 lebih, operation mungkin dalam hampir pkul9 tadi. Tak sempat tengok jam sebab panik masa nurse buh oksigen tadi dengan gigilan yang ketara dengan bahu terhenjut-henjut kesejukan. Sejuk betul bilik bedah na. Bila bangun, oo patutlah saya tak sedar-sedar sebab saya diselimutkan dgn pek suam (macam lendir suam dalam plastik)..rasa selesanye nak tidur. Bila dah sedar nurse panggil..Julia..julia..lepas dh sedar pembantu datang ambil dan hantar ke wad. Alhamdulilah, tak rasa sakit apa dah. Mungkin sebab masih ada bius. Saya cuma rasa lapar tapi tak boleh makan lagi. So, makan ubat ikut waktu. Selepas tu, saya start minum susu suam. Nurse kata, minum sikit-sikit kalo tak muntah, nanti boleh makan. Saya minum sedikit demi sedikit. Alhamdulillah tak ada rasa nak muntah. Bila makanan dah disediakan saya nak makan tapi dihentikan oleh rakan sebelah, katanye keguguran sama macam kita melahirkan jadi kena pantang sebab lauknya ikan, tapi ikan apa tak ingat. Maka saya pun tak ambil, cuma makan roti gardenia. Hehe. Suami datang melawat bawa ikan bakar dengan nasi. Alhamdulillah, dapat makan.

Hari tu, tak boleh balik lagi tunggu esok untuk stabil sebab nak scan lagi. Nak tgk kalau ada apa-apa masalah dalam serviks. So, bertahan lagi untuk semalam sebab dah rindu sangat dengan anak. Keesokan harinya, doktor scan dan tak ada apa-apa semuanya ok. Jadi saya boleh balik. So, petang tu baru daapt balik setelah selesai proses keluar hospital. Lega dapat blk rmh....

Semasa discaj wad, doktor pesan kena tunggu 3 bulan baru boleh mengandung lagi, kembali ke klinik untuk perancang keluarga, dibekalkan asid folik selama 3 bulan dan sekiranya berlaku pendarahan kena datang cek balik. Saya tak amalkan perancang keluarga dan konsisten makan asid folik.

Di rumah, seminggu suami jaga sebab dia kerja Langkawi time tu, so tak boleh cuti lama. Saya berpantang macam biasa. pakai stokin, makan makanan yang sesuai untuk pembedahan, sapu minyak bersalin, dan urut sikit-sikit sendiri. Alhamdulillah, selepas sebulan, darah stop rasa sihat kembali. Tapi tak sihat sepenuhnya lagi tau, rahim masih tak stabil. Kekadang darah keluar setompok-setompok bila melakukan aktiviti berat. Tak menentu. Dah 3-4 bulan baru rasa pulih sepenuhnye, Itupun tak pulih sepenuhnya sebab selepas saya jalani erpoc, rahim saya selalu rasa kejang dan sakit.
Selepas saya cuba makan Alfalfa Shaklee sebab ia mengembalikan kekuatan otot rahim saya. Tak ada dah rasa sakit dan kejang tiba-tiba kat rahim. 


ALFALFA COMPLEX SHAKLEE
( Saiz S = 300 tablet, Saiz L = 700 tablet )
Sebulan consume Alfalfa, kemudian vit c, vita lea dan sekarang ESP, alhamdulillah, saya dapat rasa perbezaannya. Tak de dah nak cramp kat rahim atau apa-apa pendarahan. Saya nak sangat sihat jadi nanti jika diizinkan Allah, nak tambah anak lagi,suka anak ramai sebab adik beradik ramai.10 orang.

So, kepada wanita di luar sana ada masalah seperti saya atau masalah keputihan ataupun mengembalikan kemesraan hubungan intim, cuba lah Alfalfa Shaklee. Saya sendiri merasa kebaikan produk ini barulah saya yakin bagitahu pada anda semua. Kisah suami saya dan resdungnya ada DI SINI .Dulu saya tak tahu. Hubungi saya bila-bila masa k.

Bye.

JULIA SIA
019- 4101586

Wednesday, 2 March 2016

Sarapan Pagi Paling Ringkas :BREAD CELUP TELUR SEDAP


Assalamualaikum semua..

Kadang-kadang ada masanya saya tukar menu sarapan pagi. Hari-hari nasi goreng, kadang nak kelainan sedikit. Oleh itu, saya kongsikan resepi roti celup telur inti kaya saya pada anda. Rasanya sedap dan senang dibuat.

Bahan-bahan
1 biji telur
2 sudu besar planta
1 sudu minyak
kaya gardenia
6 keping roti gardenia
secubit garam

Cara penyediaan:

1. Ambil roti dan sapukan kaya. Sedikit saja tapi ratakan dan lipat.
2. Dah siap sapu kaya, pecahkan sebiji telur dan masukkan secubit garam. Kacau sebati.
3. Panaskan pan, kemudian masukkan 1sudu planta dan stgah sudu minyak utk masak 3 keping roti (kalau pan besar boleh masuk semua).
4. Celupkan roti dalam telur  tadi kedua-dua belah, kemudian masak.
5. Balikkan bila dah kuning keemasan
6. Ulang untuk 3 keping roti seterusnya.
7. Siap
























Taraa….Minum Milo pun sedap..




PENGALAMAN MENGANDUNG DAN LAHIRKAN ANAK PERTAMA

Pengalaman ni dah berlalu dah... cuma saja nak kongsikan sambil ingat balik agar nanti adalah rujukan untuk anak seterusnya kan..hee.

Saya dah ceritakan tips hamil dalam entri sebelum ini dan di situ saya juga telah beritahu macam mana saya dapat tahu saya mengandung. So, pada minggu ke6-7, saya dah start melalui morning sickness yang sangat teruk saya rasa. Saya jadi lembik tak bertenaga, selera makan mendadak turun, loya yang berpanjangan, lidah rasa pahit dan tawar sangat-sangat..lagi-lagi  saya ada gastrik yang teruk merumitkan lagi keadaan morning sickness saya. Ada beberapa kali nak pitam, tapi saya terus duduk dan berehat. Pada masa itu, saya hanya mampu mengadu pada Allah agar dipercepatkan alahan itu, tak sanggup rasanya nak lalui. Macam demam tapi tak demam. asyik nak baring saja. Kalau boleh tak nak makan langsung walaupun perut kosong. Tetapi kerana gastrik yang makin teruk saya gagahkan juga jamah makanan. Kadang-kadang suami suapkan bila saya dah betul-betul tak mahu makan. sebenarnya nak kena paksa dengan suami je, sebab memang dah tak daya nak makan..makan nak keluar balik, makan nak keluar balik. lagi-lagi kalo muntah paksa..muntah hijau tu..Ya Allah, masa itu, saya hanya mampu bertahan dan dari situ saya sedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu mengandungkan kita, melahirkan kita dan membesarkan kita. Terima kasih mama dan bapa..Tanpa mereka kita tak akan melihat dunia.


Habis trimester pertama saja kira-kira minggu ke 14, badan saya semakin sihat..deria rasa semakin pulih..Masuk sahaja bulan keempat, selera dah bertambah. Saya makan apa sahaja kecuali kerang dan gulai, xleh masuk lah sedangkan suka time tak pregnant. Disebabkan HB saya rendah bersangkut paut pula dengan tekanan darah rendah, malahan saya juga pembawa talasemia, memang teruklah jadinya. Nurse suruh saya makan iberet. Jadi saya pun makan iberet tu. Walaubagaimanapun, HB saya tetaplah macam tu juga..naik turun naik turun 9-10..tapi tak pernah normal iaitu bacaan 11. Sebab sayakan pembawa talasemia jadi hb rendah itu adalah normal bagi orang macam saya. Bila asyik menurun je HB, nurse suruh saya doublekan makan iberet. So far, okey. naik 10.2, 10.4..okeylah daripada 9. Masa tu tak tahu pasal Shaklee. Kalau tahu, dah tentu saya makan suplemen Shaklee..hehe.

PENGALAMAN MELAHIRKAN

Saya ceritakan ringkas sahajala ye secara kronologi. Apa yang masih saya ingat.

14/01/2014

Pada sebelah malam dalam pkul 12- 5 pagi macam tu, asyik terasa sakit macam senggugut. Kerap tapi tak menentu. Ya Allah, tak dapat tidur hingga ke pagi. Bagitahu suami, dah terlalu sakit, tapi tak de lagi tanda darah atau air ketuban. So, saya anggap mgkn kontraksi Brixton..Tapi sakitnya tak tertahan. Saya kejutkan suami yang tidur nyenyak time tu esok kena pergi hospital sebab saya dah tak tahan sakit.


15/01/2014

Pagi itu, saya bergegas ke toilet sebab sakit perut sangat, tapi cuma buang air kecil saja. Tapi kelihatan terdapat lendir kuning campur darah sedikit. So, saya mandi bersihkan seluruh badan dan bersiap untuk ke hospital bersalin. Dalam hati berkata..dah nak bersalinkah ni..sakit macam mana lah bersalin nanti ni, tak rasa sakit nak kluar baby lagi.boleh bergerak ke mana-mana lagi. Macam2 dalam kotak fikiran. Suami pun teman ke tingkat satu Hospital Tuanku Fauziah Kangar. Lama juga nak daftar. Cek urin sekali. Selepas cek urin doktor panggil buat VE atau cek jalan orang kata. Time ni eloklah kita relax kan diri agar tak rasa sakit bahagian yang diseluk tu. Cek bukaan jalan masih dalam 2cm. Seorang doktor pelatih kata dengan kawan dia, nak suruh balik dulu sebab patient terlalu ramai, seorang lagi kata, takpe masukkan sahaja. Saya mengikut sahaja.nak balik pun dah malas. Satg balik, kena daftar lain pula kan.oh no. Baik lagi tunggu saja. Lepas cek bukaan, buat CTG pula utk monitor degupan jantung baby. Lama juga, ada dua katil, sebelah pun ada orang, dan ramai lagi tunggu turn masing2. Suami dekat luar menunggu. Kesian pula.lama dari awal pagi sampai dah pukul 11 lebih. Perut pun dah lapar. Sambil buat CTG tu nurse pasangkan drip kat tangan. Darah semakin banyak keluar lepas buat VE.

Kira-kira pukul1 lebih barulah dapat katil. Itupun katil tambahan.alhamdulillah, sebab terlalu ramai sampai katil dah lebih dalam satu wad. Suami pun balik dan duduklah saya seorang di situ menuggu kelahiran si kecil.

Petang tu, doktor scan. Alhamdulilah, kepala bayi tetap di bawah. Tapi mereka estimated baby 4kg. Aiyo..dengan badan kecil begini, mereka jadi was2. So, scan lagi betul2..jadi mereka estimated baby dalam 3kg. Nasib baik.

Sakit dah semakin kerap, beberapa kali doktor cek bukaan rahim. Pada pukul 10-11 malam bukaan dah 5 cm. So, menunggu katil di labor room sebab ramai juga tengah tunggu nak bersalin. Dekat pukul12 malam macam tu saya pun dapat katil. Nurse suruh tukar baju cekciii...sakit makin kerap tapi boleh tahan lagi. Dalam kepala selalu ingat kata2 mereka yang dah pernah bersalin "bila dah nak beranak, sakitnye dah tak boleh senyum". So, disebabkan saya masih boleh senyum rasanya tak lagi kot. Nurse masukkan ubat ke dalam   punggung untuk memudahkan proses membuang. Sambil dipasang alat CTG untuk monitor degupan jantung baby, saya baring di katil. Disebabkan susah nak detect jantung baby, nurse suruh baring dan jangan bergerak. Dapat detect pada posisi baring menelentang. Saya pun tak bergerak langsung sebab risau tak dengar degupan jantung baby. Ya Allah beratnye menanggung perut sampai rasa macam patah tulang punggung..sakit yang teramat sangat.

Mulut tak berhenti sebut..

“la illa ha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimiin”

....sungguh-sungguh saya bacakan dan mohon pertolongan agar dapat dipermudahkan segalanya. Sakit setiap kali kontraksi berlaku. Setiap masa doktor cek bukaan rahim. Tak pun buka lagi.masih 5cm. Risau dibuatnya sebab dah pkul 1, 2 pagi..kata mereka, setiap satu jam akan buka 1cm. Tapi saya masih 5cm. Pukul3 pun tetap sama. Tak ingat doktor pecahkan ketuban pukul berapa. Sekali keluarkan urin. Sakitnye bila depa bubuh hos dan keluarkan urin. Rasa pedih terkejut macam kena elektrik. Pukul 3pagi..doktor cek lagi, saya berharap sangat dah buka 7-8cm sebab dah tak tahan tanggung sakit dari pukul 10malam tadi. Pukul3 dah start sakit yang sangat kerap, setiap 5 minit sekali.sakitnya sampai genggam besi katil pun tak dapat nak rasa genggaman tu.sakit perut lagi sakit.

Kawan sekali masuk dengan saya pagi tadi dah selamat melahirkan kat sebelah katil saya. Dia pun masuk dengan bukaan 5cm. Cuma dia bergerak-gerak dan menjerit-jerit kesakitan. Dia juga meneran walaupun tidak dibenarkan oleh nurse dan doktor. Mungkin kerana terlalu sakit, dia teran sehingga serviknya membengkak. Tapi syukurlah dia selamat melahirkan. Saya pula masih menunggu dan menunggu. Tentunya suami saya lebih risau sebab dia menuggu di luar bersama mak mertua. Kasihan. Dia tidak tahu apa berlaku di dalam, yang dia tahu dari pkul10 lebih tadi sudah masuk labor room.sepatutnya dah bersalin.

Pkul 5 pagi doktor datang cek lagi,  masih sama. Bukaan masih 5cm. Akhirnya nurse suruh teran sikit-sikit bila sakit. Sebab saya memang tak teran bila sakit pun.saya tahan dan tahan. 2x diberi suntikan. Saya pun tak tahu suntikan apa. Tapi cucuk kat punggung. Mungkin ubat tahan sakit. Saya dari semalam merayu minta air, sebab tekak dah kering dan terlalu pedih. Saya tak tahu yang kita tak dibenarkan minum dan makan pun bila dah masuk labor room. Saya merayu dengan doktor nak minum. Dia kata, nanti dia bagi. Tapi tak bagi2. Dah tak de suara dah. cukup pedih kerongkong. Sebab depa buat tak tahu, saya biarkan saja. Nurse pasangkan oksigen tapi tak pakai topeng. Cuma bagi lalu kat hidung ja.tak tahu sebab apa. Dan air juga masuk dalam badan. Saya tertanya2 kenapa saya tak bersalin lagi. Adoi sakit sungguh. Mungkinkah sebab saya tidur terlentang dan tak meneran sikit pun. Jadi bila sakit , saya cuba teran sikit sahaja. Setiap kali sakit saya cuba teran sikit. Akhirnya pukul 7 pagi saya dah rasa macam kepala baby dah nak keluar pun.saya panggil doktor..doktor  tolong2..sakit nak terkeluar dah.. kebetulan nak tukar shift, jadi, mereka masih sibuk menulis. Saya dah tak tahan sangat. Saya takut. Syukurlah, nurse datang dan sediakan apa yang patut. Cuma biasalah, sepanjang kehamilan selalu saya kena dengan jururawat pelatih. Seorang sahaja staf nurse yang lain semua jururawat pelatih. Tak mengapalah.

Disebabkan staf nurse masih menyediakan perkakas, sambil bercakap2 dengan pelatih2 tu, akhirnya saya tanya pelatih tu, saya kena teran bila sakit ka..sebab dia tengok saya saja sambil pegang kaki saya. Dia kata. Ye ye..aduhai..apelah nasib. Tapi tak mengapa..kerana saya dah baca banyak pengalaman blogger dan tips2 berharga daripada mereka, saya rasa saya faham apa perlu buat. So, bila sakit kontraksi, saya terannnnn sekuat hati..kemudian baru saya dengar staf nurse tu bagi semangat..okey, push..push..sikit lagi..pandai..pandai..dah nampak rambut..entah apa dia cakap tak ingat dah sebab saya tengah fokus, menunggu kontraksi dan menerannnnnn sekuat hati. Saya cuba tak curi nafas.. saya habiskan nafas sampai dah tak boleh lagi.. nurse kata, sikit lagi, dah nak keluar dah..sikit lagi....push..push..pandai..pandai...dia asyik sebut pandai2..jadi, saya terannnnnnnnnnnnn lagi sekuat hati saya sampai rasanya dah bunyi harimau mengaummmm...gigi dah ketap kuat2..alhamdulillah, kepala selamat keluar dan kemudian nurse bantu keluarkan tubuh baby. Bila kepala dah keluar tu, badan baby keluar dah tak rasa apa dah..saya lembik sangat dan biarkan saja nurse buat apa kat bawah. Salah seorang nurse tanya baby apa. Saya jawab perempuan..kemudian dia bawa pegi mana cuma saya tengok saja. Staf nurse tadi sibuk bagi penerangan kepada semua pelatih, sambil menyuruh salah seorang tolong keluarkan darah beku, seorang lagi berdiri di sebelah kiri saya sambil tengok je. Mungkin pengalaman pertama kali kot tengok. Dia diam saja. Tapi tak mengapa. 

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan mendengar arahan sebab saya terlalu lurus bendul kot, hehe, akhirnya saya tak perlu digunting. Alhamdullah. Mungkin saya diuji lama menahan kesakitan tetapi Allah permudahkan semasa saya lahirkan baby. Alhamdulillah. Cuma ada koyakan sedikit di bahagian dalam. Jadi nurse jahit sikit saja. Rasa macam semut ketik bila dia suntik bius sikit2, kemudian jahit. Suntik sikit kemudian jahit. Suntik bius tu yang rasa macam semut gigit.

Dah bersih dan dipakaikan baju anak saya yang comel, nurse suruh susukan dia. Lama juga dia menyusu..hati saya pula risaukan suami, dia dah tahu kah saya dah bersalin..saya tanya nurse, dia kata dia akan call.  Dia call tak angkat. Pegi mana pula.adoi. tak pe lah. Setelah baby disusukan. Nurse bawa keluar untuk di azan dan di iqamatkan oleh papanya. Alhamdulillah. Suami saya tentu suka bila melihat zuriatnya depan mata. Terima kasih Allah kerana engkau memberikan kami nikmat yang tak terhingga. Terima kasih yang tak terhingga. Syukur alhamdulillah. Sakit yang sangat-sangat berbaloi.hehe.

baru keluar dari perut mama pagi tadi..



REA HANNA SOPHEA nama diberi..lahir pada 16 januari 2014 dengan berat 3.1kg

 Sedikit tips yang boleh saya kongsikan dengan anda semua.

TIPS ELAKKAN KOYAKAN PERINEUM ATAU ELAK DIGUNTING

1. Jangan angkat punggung ketika meneran
2. Teran sekuat hati ketika kontraksi berlaku dan jangan curi nafas (maksudnya dah teran tapi ambil nafas kejap, baby akan masuk balik)
3. Jangan teran terlalu awal untuk elak serviks dan kepala baby membengkak. 
4. Semasa meneran dagu letak atas dada. tunduk. Nafas lebih konsisten.
5. Yang terbaru saya dengar atau mungkin lama dah tapi baru terbaca, buat urutan perineum untuk kurangkan koyakan atau jahitan. Boleh pakai minyak kelapa dara untuk lembutkan kawasan perineum. Saya amalkan minum olive oil asli. satu sudu kecil saja.
6. Elastikkan perineum dengan mengambil suplemen semasa di awal kehamilan iaitu;
** Minyak ikan (Omega Guard)
** Vitamin C
** Protein (Energy Soy Protein, ESP)
(Tapi saya masih belum kenal Shaklee time ni cuma saya amalkan susu selalu dan rajin makan sayur-sayuran serta buah-buahan)

Insya Allah lepas ini saya akan cuba buat urutan perineum dan amalkan Shaklee secara konsisten. 







ALHAMDULILLAH

Assalammualaikum semua..

Lama saya menyepi melayan kerenah diri sendiri. Hehehe..Maklumlah sekarang sedang berbadan dua. Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang Allah SWT beri. Sebelum ini, tengok skrin tab, laptop, handphone memang mood ke laut. Alahai sabarlah hati kerana saya fokus beri ruang pada diri sendiri untuk berehat dan ikut sahaja kehendak hati. rasa nak tidur, tidur, rasa nak bangun, bangun Tapi disebabkan rasa tanggngjawab pada anak seorang lagi, tak dapatlah ikutkan sangat rasa hati. Syukurlah suami banyak membantu uruskan anak, mandikan dua, bagi makan, bawa jalan-jalan, pergi rumah tok dia. Awal trimester sangat-sangat mencabar tetapi kurang dibandingkan pengalaman mengandung yang lalu. Memang lebih mencabar lagi.

Trimester pertama, start minggu ke 6-7 macam tu, saya dah mula loya, mabuk, pening, nak pitam semuanya ada. Cuma, alhamdulillah sejak amalkan Vitalea dan ESP, jantung berdebar tu dah tak ada.  Kalau simptom tu maiii, habis hilang mood nak buat apapun. Memang kena duduk berehat dan kurangkan bercakap. Kalau tidak sesak nafas memanjang, sakit dada yang amat macam oksigen tak sampai masuk ke paru-paru.

Disebabkan punya gastrik yang teruk, mengandung pada awal tiga bulan pertama rasa pedih hulu hati, senak, kembung membuatkan saya mengerang tiap masa. Ia biasa berlaku pada awal kehamilan. Nasib baiklah ESP banyak membantu sebab apabila saya sakit perut sangat, saya akan bancuh 1skop dengan air suam dan dalam setengah jam macam tu, sakit perut mencucuk-cucuk tu semakin berkurangan dan menghilang. Disebabkan kekurangan bajet time tu, tak dapatlah saya mencuba Peppermint Ginger Plus Shaklee yang amat sesuai untuk atasi morning sickness. ESP memberi tenaga berpanjangan berbeza berbanding dengan pengalaman morning sickness saya yang lalu.  Jika dahulu, saya langsung tak boleh keluar ke mana-mana sebab hampir-hampir pengsan. Pitam. Tapi kali ini, walaupun tak larat, saya mampu berdiri lama tunggu giliran nak bayar kat kaunter beli barang keperluan rumah. huhuhu. Sakit macam mana pun perempuan kena keluar juga beli barang dapur.hehe.

Cuma, yang saya pelik, walaupun kandungan iron dalam Vitalea sedikit berbanding vitamin lain yang telah saya cuba tetapi ia sangat serasi dengan saya. Apa yang istimewa sangat dengan Vitalea yang menyebabkan saya suka consume sebab simptom jantung berdebar dan terketar-ketar tu lah yang mana saya paling tak suka alami dah tak ada. Saya dah cuba vitamin lain, walaupun kandungan ironnya tinggi, tetap juga alami simptom jantung berdebar. Semasa saya makan Vitalea bacaan HB saya yang tak penah normal selama ini menjadi normal iaitu 11.2. Pada bulan ketiga dan keempat, saya consume iron yang lebih tinggi sebab nasihat doktor kandungan iron dalam iberet lebih tinggi. Walaubagamanapun, mungkin saya tidak sesuai dengan kandungan iron yang lebih tinggi kerana bacaan HB saya pada bulan ke3 dan ke4 dalam lingkungan 9. Masalah zat besi pula semakin meningkat. Alahai. Jadi saya order balik Vitalea dan saya nak bandingkan kembali bacaan HB saya. Mungkin saya serasi dengan Vitalea. ESP juga sangat membantu beri tenaga.Best gabungan kedua-dua ni bagi mereka yang mengalami anemia dan tekanan darah rendah semasa mengandung.


Walaupun tak larat, letih dan lesu saya dapat menahan rasa nak muntah. Loya memang tak boleh lari lah kan sebab lidah dah tak ada deria rasa. Pahit dan tawar saja. Saya muntah boleh dibilang beberapa kali sahaja berbanding dulu. Mungkin dalam 3x sahaja. Tak ingat. hehe. Ini kerana saya dah ambil ESP awal pagi dan sedikit roti atau biskut kering untuk elak perut kosong sebab bila perut kosong memang kita akan muntah. Angin tolak. Kena juga ambil sedikit cracker atau apa-apapun sarapan ketika bangun waktu pagi.

Perkara paling merisaukan saya adalah keadaan baby dalam kandungan. Pengalaman mengandung kali kedua sebelum ini banyak memberi pengajaran buat saya dan suami. Mengandung kali kedua tidak menjadi dan doktor sahkan buat ERPOC pada kandungan almost 11 weeks. Selepas itu barulah saya ambil alfalfa Shaklee bersama suami untuk sembuhkan rahim yang selalu sakit selepas pembedahan minor ERPOC. Kemudian, saya ambil Vitalea dan ESP. Alhamdulillah, selepas 5bulan daripada prosedur ERPOC saya disahkan mengandung anak ketiga sekarang ini. Dan hari ini baby almost 22weeks. Alhamdulillah Syukur padaMu ya Allah atas pemberian tak terhingga ini. Nurse pesan jangan angkat berat atau buat aktiviti berat-berat. Makan seimbang dan jaga HB. Jadi saya elakkan angkat berat. Dukung Rea adalah kerja suami walaupun kadang-kadang rea nak didukung oleh saya. Dia nak bermanja dengan saya. Tak pe lah nak, nanti adik dah lahir, mama dah sihat, amma angkat Rea, dan adik juga. Saya cuba berehat semaksimum boleh pada trimester pertama.. Kerja rumah suami yang banyak uruskan. Alhamdulillah, suami faham dan sentiasa cuba buat yang terbaik walaupun kadang-kadang serba salah tengok dia memasak di dapur, basuh pinggan dan sebagainya..Terima kasih papa. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya. 

Sebelum ni menunggu scan untuk kali pertama sahaja rasa begitu lama iaitu pada minggu ke13. Risau, berdebar tak pernah lekang. Alhamdulillah, tiba waktu scan, jantung baby sudah kelihatan berdetak. Syukur sangat-sangat pada Allah SWT yang beri nikmat rezeki ini. Semoga baby akan terus sihat terpelihara dalam kandungan dan lahir menjadi anak yang soleh/solehah juga sebagai pengingat  jalan bagi kami ke syurga. Amin ya rabbal alamin. 

Saya sarankan Vitalea, ESP, SR Vitamin C dan B-complex untuk ibu mengandung bagi melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh anda dan bayi dalam kandungan. 


Next post saya akan bagi entri pengalaman melahirkan anak pertama dulu, juga pengalaman ERPOC. Hanya sebagai perkongsian dan tips daripada saya. Sebab anak pertama dulu saya banyak baca pengalaman blogger lain dan sangat-sangat membantu ketika dalam labor room. Alhamdulillah juga saya lahirkan Rea tanpa koyakan perineum. Terima kasih atas tips mereka yang sangat-sangat berharga berkongsi pengalaman melahirkan.

Oh ya, saya Shaklee ID, siapa nak beli produk Shaklee daripada saya. Jangan segan, jangan malu. Hubungi saya bila-bila masa sahaja. Whatsapp, telegram, atau sms juga mudah untuk cerita tentang produk Shaklee yang hebat sebab saya dah cubalah saya terjebak. Sangat natural dan selamat. Bukan sintetik atau tiruan, juga bukan berasaskan bahan kimia okey.

JULIA SIA [019-410 1586]

Boleh juga follow saya di instagram dan FB, mamapaparea.

Bye.