Jumaat, 13 April 2018

ASB ONLINE (MYASNB) : MASALAH LUPA ID PENGGUNA DAN LUPA KATALALUAN / PASSWORD

 
Salam Silaturahim Untuk Semua.

Sejak2 zaman serba canggih ni, kebanyakkan semua perkhidmatan telah di upgrade ke sistem atas talian (online). Walaupun begitu, sistem manual cara lama tetap ada jugak. Tapi apa2pun saling bergantung jugak. Ada kelebihan masing2.

Kali ni Paparea masih lagi nak sambung berkenaan ASB Online (MyASNB) tentang Masalah Terlupa ID Pengguna dan jugak Terlupa Katalaluan / Password. Kalau yang belum mengikuti perkongsian MyASNB sebelum2 ni, sila klik link di bawah ni.
  1. CARA DAFTAR ASB ONLINE MELALUI KIOSK ASB
  2. CARA DAFTAR ASB ONLINE MELALUI PORTAL MyASNB
  3. CARA LOG MASUK MyASNB SECARA TERPERINCI
  4. ASB ONLINE (MYASNB) : CARA BUAT PINDAHAN(TRANSFER) UNTUK TAMBAH PELABURAN AKAUN ASB SECARA ONLINE

Masalah ni selalu terjadi pada pelabur kerana ASB ni majoriti kita semua yang ada akaun ASB jarang skali la nak berurusan. Bila waktu terdesak ja baru nampak jalan ke ASB ni tu pun selagi masih ada isi dalam akaun. 

Mula la mata duk kelip pok kelip pok. Bila hentam je jadi la macam gambar ni.

** PERINGATAN **
Korang kena ingat, ID Pengguna & Password  ni hanya limit 3 kali cubaan untuk log masuk. Kalau 3 kali tetap jugak salah, automatik sistem akan sekat kita punya ID. Jika akaun disekat disebabkan kesilapan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan, akaun akan diaktifkan semula secara automatik selepas 24 jam. Sila cuba log masuk semula selepas tempoh tersebut. Pastikan anda telah memasukkan butiran yang tepat (ID Pengguna dan kata laluan).

Jadi kita sebagai manusia, disebabkan perkara ni, selalu ingatan kita terhadap perkara ni sering terlupa. Pada yang mudah lupa la macam Paparea. Bukan penyakit pelupa, sebab banyak password yang berlainan untuk setiap sistem online ni. Hahaha...

Meh kita kongsi sama2 Cara Mangatasi Masalah Terlupa ID Pengguna dan Masalah Terlupa Katalaluan MyASNB.

Masalah Terlupa ID Pengguna

1. Seperti biasa, buka website MyASNB. Klik Log Masuk. Klik ‘Lupa ID Pengguna?’. Klik TERUSKAN.

2. Di page ni, masukkan no KP / IC  dan jenis akaun ASNB korang. Klik SETERUSNYA.

3. Ini adalah bahagian Pengesahan Identiti. Masukkan jawapan di setiap soalan yang terpilih dengan jawapan korang semasa mendaftar MyASNB ni. Selesai klik SETERUSNYA.

Ini yang Paparea ingatkan korang masa mendaftar pada mula2 di MyASNB ni, minta screenshot soalan dan jawapan untuk simpanan rujukan korang. Ketika masalah2 macam ni la kita perlukannya.

4. Bahagian ni, untuk permintaan no TAC. Dapatkan no TAC dan masukkan ke dalam petak yang disediakan. Klik SETERUSNYA.

5. Ok, dah Berjaya dapatkan no ID Pengguna korang.

Jadi, korang pasti ingat apa password korang kan. Dah boleh LOGIN seperti biasa.

Sekiranya korang masih lagi tak jugak ingat apa Katalaluan/Password, klik terus ‘MENETAPKAN SEMULA KATA LALUAN’ @pun masuk di laman LOG MASUK.

Masalah Terlupa Katalaluan

1. Klik pada Lupa Kata Laluan?.

2. Di page ni, masukkan ID Pengguna korang dan jugak no MYKAD / IC. Klik SETERUSNYA.

3. Seperti biasa bahagian Pengesahan Identiti. Jawap soalan ni beserta jawapan korang.

4. Dan jugak permintaan ni TAC.

5. Bahagian ni, korang diminta memasukkan katalaluan baru.

Kata laluan lama telah di RESET semula. Jadi masukkan katalaluan baru ye, tak boleh guna yang lama lagi, tak boleh sama, mesti lain.

6. Anda berjaya. Sila Log Masuk seperti biasa.

Macamana sahabat semua, dah boleh ke?

Nak di cerita, mula2 Paparea tersalah masuk ID, biasa la sama taip sama snap pic, sampai tak nampak ada silap. Ala sikit sangat je pun salah, kesalahan pada huruf besar & huruf besar je. Memang try masuk di Log Masuk terus kena block. Tgu esok la jawapannya.

Dalam masa yang sama, try la email ke alamat emel myasnb yang ada di halaman MyASNB.
Sekiranya masalah masih berlarutan, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan kami di 03-77308899 (Isnin hingga Jumaat, 8 pagi - 6 petang) atau emel kepada asnbcare@pnb.com.my.

Jadi Paparea cuba la call no tu, operator yang angkat, pegawai perkhidmatan pelanggan kami tengah sibuk melayan pelanggan. Bla bla bla bla…..

3 kali la call, membazir kredit ja tunggu punya la lama, siap dengar music lagi. Try la pulak dengan cara emel.

Tunggu la jawapan dari depa, kurang seminggu jugak la depa balas.
Minta call talian tu, tak jugak dapat2. 

Ni no baru myASNB tau.

Talian Khidmat Pelanggan kami di 03-77308899 (Isnin hingga Jumaat, 8 pagi - 6 petang) atau emel kepada asnbcare@pnb.com.my.

Gambar email tu email yg lama tau, no tel pun lama punya.

Last buat keputusan, try p cawangan ASNB di bandar, mana tau, pegawai sana boleh tolong reset semula. yela, sebab sana la kita mula mendaftar di KIOSK MyASNB tu. mesti boleh settle masalah ni. Hehehe…

Dah sampai sana, peg sana cakap, depa tak boleh buat apa2 berkaitan MyASNB ni. Dan peg sana cuba call khidmat pelanggan MyASNB tu. Punya la cepat operator tu sambut.

Jawapannya, kita sendiri kena call no tu jugak. Hmmm…
Buat penat je p sana. Apa lagi, balik rumah baru call, punyala mudah pulak tak da busy  sangat pun. Dapat la bercakap dengan peg operator tu.

Untuk pengesahan diri, bagi nama penuh, No IC, no Tel yang berdaftar. Terus dia reset semula. Dalam 2jam macam tu dah boleh cuba log masuk semula seperti pertama kali kita mendaftar MyASNB ni.

Selesai la perkongsian masalah lupa ID & katalaluan.

CARIAN YANG BERKAITAN:

1. Terlupa ID Pengguna MyASNB
2. Terlupa Katalaluan / Password MyASNB
3. Masalah Lupa ID dan Password MyASNB
4. Cara tukar password MyASNB

Okay semua sahabat. Setakat ini je la entri tentang MyASNB. Jika ada apa2 persoalan boleh la tanya di ruangan komen. Yang mana dapat Paparea bantu, akan Paparea cuba bantu yee.

#sayahanyapelaburASBsaja
#sayabukannyapegawaiASNB

Bye bye…

PapaRea

67 ulasan:

  1. Terima kasih info nya,memang tak di nafikan baru 4 bulan saya tak sign in myasnb lansung lupa id dan password memang saya kena calllh jawabnya 😞

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama Bro. Biasa la skali skala buka mmg lupa psword. Tmbhan kalau byk psword nak ingat. Hahaha...

      Apa2 pun TQ sudi singgah blog kami...

      Padam
  2. Salam, saya nak tanya, kenapa saya takboleh log in untuk kali pertama? Saya dah masukkan id pengguna yg betul dan jugak pakai password sementara yg diberikan. Di situ tulis id pengguna or password saya salah. Sedangkan saya dah cek berkali2 memang betul. Kenapa eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Dah cek email x? Email dri myasnb iaitu Email Verification. Log in guna LINK Verify Email yg ada dlm email tu utk 1stme Log In. Masukkan ID & Pswrd Smntara tu. Then ikut step strusnya. Ok. Tq visit my blog...

      Padam
  3. Mcmne nk tukar nama pasword. Sebelum ni di bgi oleh peg bnk. Tu bkn pword rahsia dh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haluuu, ikut cara yg sy crita 👆👆👆
      Call je khidmat plggan myasnb. Nt dia trus reset smua. Jadi buat smua yg baru. Tq visit my Blog...

      Padam
  4. Hye, tq for info. Sya pun terlupa password igt nak kena p ASNB tya. Rupanya mudah saja step dia. Tq. Kena simpan password ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye, sama2. Simpan elok2 ye. Tq Visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  5. Sy baru daftar n NK login...tapi tak bolehsbb Kata Kalyan tak Sama...tak paham lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, masukkan katalaluan sementara yg ASNB hntar melalui mesej. Lpas tu, baru tukar ke password baru. Klu masih xblh jugak, boleh minta bantuan dr MyASNB Customer Service. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
    2. Hai,sy dah berjaya masuk tp sistem logout sendiri..nak bukak blik tak blh...sistem tulis suruh logout dulu yg lama

      Padam
    3. Lpas berjaya dftar password ka mcmn tu?. Biar dlu dalam 2jam @ 12 jam, try masuk smula. Klu jadi jugak terpaksa buat semula. Mgkin ada silap masuk butiran tu.

      Padam
  6. Masuk password tp dia tulis Salah password jgk.jawapan pada soalan lupa.mcm Mana nk buat ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu jadi masalah terpaksa la reset semula. Mula dari awal balik. Call no srvis myasnb 03-80268101. Gtau nak reset myasnb. Nt ikut apa yg oprator tu tya. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  7. as salam..
    sye sblom nie ade bt loan asb.. tp skrg dh cncel.. x smpat byr abis pon, dh setel byr denda.. so skrg sye nk labur asb tanpa bt loan.. blh ke, n mcm mne ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, hye dyana koizora.
      Knp cncel loan asb? Sy msih maintain loan. Asalkan monthly rendah & xrugi.
      Ok, berbalik pada soalan puan, BOLEH ja nak mlabur sendiri tp kena disiplin la. Cth, stiap 1hb automatik labur dlm asb. Cuma dividen xsama mcm buat loan la. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  8. Assalamualaikum blh ke saya nak tukar ID pengguna. Bukan lupa tapi nak tukar kepada nama lain. Sebab banyak username nak kena ingat. Username bank dan sebagainya. Saya ingat nak buat 1 nama ID sahaja. Boleh tak saya nak tukar nama ID pengguna saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, hai Amalin.
      Nak tukar ID, BOLEH. Sama dgn Paparea dulu. Susah nk igt ID. Jadi, Amalin perlu call ke no ASNB, cakap nak buat pmbatalan akaun MyASNB / Reset ID. Nt oprator tu buatkan. Bila dh siap, daftar semula MyASNB sama mcm mula² kita daftar. Ok. Selamat mencuba. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  9. Hai, saya dah lama tak login asb online sbb lupa password & kata laluan. Lepas dh settle reset smua, saya try login balik tapi naik kata akaun saya sudah dibekukan. Call operator pun depa busy. Kena p cawangan asb ka utk settle ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, kena call juga operator depa.klu p caw asnb, drg akan cakap, kita sendiri yg perlu call. Kiranya, sahabat kena paksa jugak call sampao dapat k. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
  10. Hi nak tanya.. no ahli di myasnb bukan no ahli saya. Oleh sebab itu ,myasnb saya tidak memaparkan nilai pelaburan. Macam mana nk tukar no ahli?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, dah update ka belum no akaun asb baru? Sekarang dah guna no akaun baru. Kalau yang update akaun, masih lagi bukan no ahli sendiri, boleh terus ke mana² cawangan ASNB untuk pertanyaan lebih lanjut tentang ni. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
    2. Akses ke akaun myASNB anda telah disekat kerana percubaan maksimum yang tidak berjaya. Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di 03-77308899 untuk bantuan lanjut.
      MACAM MANA NAK BUAT YA?DAH CALL BNYAK KALI TAK DAPT

      Padam
    3. Hafzan, call sampai dapat. Memang susah betul nak call depa. Terlalu sibuk. TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam
    4. Kalau tunggu 24jam boleh tak?

      Padam
    5. Kalau tuggu 24jam boleh ker..

      Padam
    6. Hai, boleh ja tunggu kalau tak urgent. Janji dah ingat USERNAME & PASSWORD yang betul. TQ Visit My Blog. Please Subscribe, Like & Share my YouTube, MamaPapa Rea Channel ok. 😊😉😘

      Padam
  11. Hi, saya punya akaun kena sekat sebab saya login pertama loading lama lepastu try kali kedua masih sama loading lama, kali ketiga nk login balik kena sekat. Betul ke lepas 24jam akaun automatik diaktifkan semula?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, ya. 24jam saja. @ boleh call cstmr srvis sekiranya urgent. Tapi mmg susah nak dapat angkat call. Trlalu cbuk. TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam
  12. Assalamualaikum. Kalau akaun asb kita disekat disebabkan salah masuk password jadi lepas 24 jam boleh cuba balik ya ? Tak perlu call operator ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, hai. Xperlu call selagi password xsalah. Jika xingat jugak, klik Forgot Password. Create new passwrd. TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam
  13. lupa password dan no hp lama dh x pkai..macam mana encik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, cuba call khidmat pelanggan myASNB sampai dapat. Gtau nak tukar no hp. Nt drg akan update. Memang susah betul nak call depa. Terlalu sibuk. @ boleh p update no hp di kiosk ASNB. TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam
  14. Kenapa call ASNB no. Tak ada dalam perkhidmatan? Akaun saya kena sekat sebab lupa password, dah call 03-77308899 tak dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, jawapannya tetap kena cuba call sampai dapat. Memang susah betul nak call depa. Terlalu sibuk. TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam
  15. Nak tanya kalau akses disekat macam mne nk buat...duit kt bank tak sekat kn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai. Ya, dia sekat 24jam saja. Lepas tu boleh cuba semula. Klu tak berjaya, trpaksa call khidmat pelanggan. TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam
    2. saya pun mngalami masalah yg sama.

      Padam
    3. Biasala, boleh dikatakan setahun 2-3 kali saja itu login. Mesti asyik lupa saja pswrd. TQ Visit My Blog 😊😉😘

      Padam
  16. Hello.. akaun saya disekat sebab salah password melebihi 3x. betulkah dalam masa 24jam, boleh try semula login MyAsnb atau kena call juga prkhidmatan asnb??? ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Nobitasan. Ya, selalu 24jam saja. then boleh login semua tapi kena ingat password yang tepat. Kalau tak tau, klik Lupa KataLaluan. Create semula password baru. TQ visit my blog. Dont forget to watch my Youtube Channel at MamaPapa Rea. Plz subscribe, like, share ok.

      Padam
  17. Kalau masih tak dapat login selepas 24 jam macam mana?🤧

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, kalau tak boleh jugak, boleh telefon ke Khidmat Pelanggan MyASNB ya. Minta Reset semula password dan akaun MyASNB. Kemudian create semula akaun MyASNB Portal sama seperti mula kita daftar sebelum ni ok. TQ visit my blog. Dont forget to watch my Youtube Channel at MamaPapa Rea. Plz subscribe, like, share ok.

      Padam
  18. Slm...akaun ASNB disekat dia suruh call ataupun perlu 24 jam baru boleh masuk balik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, boleh tunggu 24jam kalau dah ingat ID & PASSWORD yang betul. Klu xingat jugak kena call untuk reset semula. Kalau urgent, xpayah tunggu, terus call saja. TQ Visit My Blog. Please Subscribe, Like & Share my YouTube, MamaPapa Rea Channel ok. 😊😉😘

      Padam
  19. kenaHai..MYASNB. sekat perlu ke tggu 24jam..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Pn. Norma. Sorry lambat balas. Klu dah ingat & pasti 100% betul password, tunggu saja. Klu urgent nak guna, baik call. Tp harap bersabar saja tunggu depa sambut call. TQ Visit My Blog. Please Subscribe, Like & Share my YouTube, MamaPapa Rea Channel ok. 😊😉😘

      Padam
  20. Saya mengalami masalah nak buka akaun asb bila saya buka berapa kali terus blok betul ke selepas 24 jam kita cuba log masuk balik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, buat masa skrang masih lagi 24 jam akan unblock semula. Tapi punca kena block sebab apa ya? Mesti salah@lupa password kan. Boleh call untuk reset semula . TQ Visit My Blog. Please Subscribe, Like & Share my YouTube, MamaPapa Rea Channel ok. 😊😉😘

      Padam
  21. Salam mamapapa rea nak tanya kalau akaun kita disekat,betul ke selepas 24 jam kita cuba log masuk semula?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, kalau nak cepat, boleh jawab beberapa soalan keselamatan. dan tukar password baru. kalau tak perlu tukar, tunggu saja. TQ Visit My Blog. Please Subscribe, Like & Share my YouTube, MamaPapa Rea Channel ok. 😊😉😘

      Padam
  22. Salam... Klau akaun da kena sekat.. duit boleh bawak keluar kat cawangan asb ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam Naim. Klu akaun MyASNB dah kena SEKAT. Duit dalam akaun ASB boleh ja keluar secara MANUAL di KAUNTER. Nanti p ja mana² ASNB, nanti depa buat siap² aktifkan akaun. Balik kita buatkan semula PASSWORD baru. TQ visit My Blog 😊😊😊

      Padam
    2. saya dah cuba guna kad pengenalan tapi tak sah....sudah kol...duit ada...saya lama dah tak bayar...tapi duit ada ...macam mana tu...lama dah tak bayar...tetap ada duit ke...

      Padam
    3. kalau akaun ASB, duit tetap ada. Akaun tu sentiasa AKTIF. Kalau masih jugak tidak boleh, try rujuk ke cawangan ASNB. TQ visit my Blog. Mohon Subcribe Channel YouTube kami, MamaPapaRea okay.

      Padam
  23. Tdi sy bru daftar, 3 jam lps Tu lupa password, pstu kne sekat alamak, so kne tnggu 24 jam ke nk buat blik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, dah tak perlu tunggu 24 jam dah. terus call sustomer serves @ email ke bahagian ASNB untuk masalah akaun DISEKAT. nanti pihak ASNB akan beri maklumbalas cara nak selesaikannya. perlu menghantar salinan myKAD serta gambar bersama MYkad. TQ Visit My Blog. Please Subscribe, Like & Share my YouTube, MamaPapa Rea Channel ok. 😊😉😘

      Padam
  24. Hai..klu akaun dibekukan (polisi Dorman) macam mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Nissa, maaf lewat reply. Untuk masalah ni boleh call customer service ASNB. TQ visit my blog, plz Subscribe My YouTube MamaPapaRea ya.😊😊😊

      Padam
  25. Salam, musim2 covid nie bank yang handle asb nie terima ke kite nak walk in ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Aisyah, kalau urusan di bank, semua kena buat appointment dulu. Kakalu di Cawangan ASNB tempat saya ni, walk in pun boleh. Tak tau la.pulak kawasan sis. MAAF lewat balas komen, agak bz dgn PdPR. Tq visit my blog, plz Subscribe My YouTube MamaPapaRea ya.😊😊😊

      Padam
  26. Wah thank you sangat membantu! Tapi saya mau tnya kalau saya lupa password lepas tu dah berkali kali cuba sampai disekat katanya kena pegi cawangan tapi saya dah ingat password saya balik ,still kena pegi cawangan ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, bila akaun dah DISEKAT, hanya perlu call Customers Service ASNB @ pun hantar dokumen peribadi seperti myKad, gambar bersama mykad ke alamat email ASNB. Rasanya dah xperlu p cawangan ASNB. tapi boleh saja tanya pihak sana manatau staff sana dapat selesaikan. TQ visit my blog dan mohon subscribe YouTube kami, MamaPapaRea ok.

      Padam
  27. hai nak tanya kalau akaun disekat sebab salah password masih valid ke yang kita perlu tunggu 24 jam untuk unblock sendiri tu atau perlu call dan emel juga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, dah tak perlu lagi tunggu 24 jam. Terus call 2 emel ke ASNB Bhgn app MyASNB. Mohon untuk aktifkan kembali akaun anda. nanti operator akan minta anda sediakan beberapa dokumen untuk pengesahan. Ikut setiap step yang dia berikan. Selesai semua tu terus akaun akan aktif. TQ visit my blog, plz Subscribe My YouTube MamaPapaRea ya.😊😊😊.

      Padam
  28. hai nak tanye, sy hritu dah signup myASNB lps beberapa hari dh lupa username dan password sbb selalu login guna fingerprint, dh call customers services suruh reset akaun, mcm tu nk tunggu brapa lama? xsilap dye ckp 5minits tpi dh 1jam pun blum berjaya masuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai chin Hoong. Selepas reset, kita akan diberitahu untuk create password baru. selepas tu dah boleh log in semula. Boleh try Forgot Password, buat password baru. TQ visit my blog, plz Subscribe My YouTube MamaPapaRea ya.😊😊😊

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...