Monday, 7 August 2017

CARA MELAJUKAN KIPAS SILING YANG PERLAHAN LEBIH MUDAH DAN MENJIMATKAN

Assalamualaikum kalian semua, ketemu lagi kita di sini ya , Blog MamaPapaRea. Hehehe...

Paparea nak tanya korang semua, pernah tak kipas siling rumah korang sebelum ni laju, sekarang dah makin slow. Pasang level full @ level 5 rasa macam pasang level 2-3 saja. Ada tak?

Paparea tanya sebab kipas rumah jadi macam tu buat kali kedua. Sebelum ni 3 tahun lepas kipas siling di ruang tamu jadi slow. Mula la fikir, kipas rosak ke ni? Masa tu MamaPapaRea belum lagi aktif Blog memBlog ni. Maklumla internet kawasan kampung Paparea ni No Coverage. Sekarang rumah Paparea pakai Streamyx. Hah, memang tak risau dah. No Data Limit. Tengok pusingan kipas ni, slow sangat walaupun sudah level 5. Ada 2 kipas yang jadi masalah ni.
 

Nak cerita la cikit, dulu memang cetek ilmu ni, tak tau menau tentang kipas ni. Hanya yang tau, ada tukang elektrik “ Abang Man Karan” umur dah pencen. Apa2 masalah semua halo dia. Masa tu mintak tolong dia la repair kipas ni. Punya la cepat dia buat. Datang rumah, pasang tangga, off elektrik, dah siap. Wahhhhhhhh.......

“Brapa Abang?” “Mai 50 dah la.” Wahhh, murah tu. Padahal aku yang tak tau kos repair tu tak sampai 10 ringgit pun. Tapi takpa la, kos upah dia mai rumah kita kan... Apa2 pun Trima Kasih Abang Man Karan. Tak da orang lain dah kalau bab2 elektrik rumah ni semua halo dia.

Ni kapasitor yang diganti tu.

Ok, jom start perkongsian Cara Melajukan Kipas Siling Yang Perlahan Lebih Mudah Dan Menjimatkan.

Kipas ni sama saja dengan barang2 lain. Bila baru semua mantop, fast and furious. Bila dah makan deq tahun, power pun dah kurang umrphhh.... Jadi semua ni puncanya adalah KAPASITOR nya sudah kurang power/lemah @ rosak. Kipas tak rosak. Korang tau tak apa itu Kapasitor?
** Ni Kapasitor Kipas Siling, Baru Beli **

Kapasitor (Capacitor) adalah komponan elektronik yang dapat menyimpan dan melepaskan muatan elektrik atau tenaga elektrik dalam tempoh masa sementara dengan unit kapasitansinya adalah Micro Farad (µF).

Kapasitor berfungsi dalam suatu rangkaian elektronik dengan cara mengalirkan elektron menuju ke kapasitor. Setelah kapasitor sudah penuh dengan elektron, berlaku perubahan pada voltan. Selepas itu, elektron yang ada dalam kapasitor tu akan keluar dan mengalir ke rangkaian atau komponen yang memerlukannya.

Nilai kapasitor akan berkurang @ lemah disebabkan usia kipas tu dengan jumlah penggunaan yang maksimun dan terus menerus. Itulah yang menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan. Kapasitor yang berkualiti rendah, nilai Farad (µF) akan berkurangan setiap tahun.

Itula serba cikit penerangan tentang Kapasitor ni. Cukup kot noo.

Sebelum kita mula proses baiki kipas siling ni. Yang pertama sekali kenali dulu kipas korang. Selalunya Top Brand kipas siling ni semestinya jenama KDK. Macam rumah Paparea semua KDK.

Macam kipas ni kapasitor yang asal @ standard adalah 2.0 µF (Gold) dan 1.8 µF(Putih). Kalau korang tak tau nilai kapasitor kipas korang, cer buka dulu tengok. Lepas tu baru la boleh buat keputusan untuk beli terus.

** Peringatan:

Tukar/Ganti kapasitor dengan nilai Farad (µF) yang sama dengan yang asal @ nak up nilainya untuk tambah laju, jangan melampau2. Up sekadar, contoh 1.8 ke 2.0 µF, 2.0 ke 2.2/2.5 µF. Kalau lebih tinggi sangat nilai µF, kipas akan pusing sangat laju, motor kipas menjadi lebih panas menyebabkan gelung dalam motor kipas rosak. Pastikan label voltan lebih dari 300VAC.

Kapasitor ni murah ja. Mana nak beli kapasitor ni? Semestinya la kedai elektrik. Ala kedai jual barang elektrik and repair radio tv. Murah ja. Paparea beli 2 kapasitor macam gambar di atas tu, RM14.00. Kapasitor 2.0 µF (RM6.00) dan 2.5 µF (RM8.00). Harga termasuk GST (Good And Services Tax). Mungkin korang boleh dapat murah lagi dari harga tu. Jadi nak langkah selamat, beli je nilai asal saja.

Sebelum mula proses penggantian dan pemasangan, sediakan barang2 yang diperlukan dulu.

a. Tangga 4 tingkat / 5 tingkat / lebih tinggi lagi bagus.
b. Screw Driver / Pemutar Skru Philips @ Mata Bunga
c. Test Pen / Pen Ujian (menguji arus elektrik)
d. Pemotong Wayar
e. Kapasitor Baru

Step 1:

Untuk keselamatan, off @ tutup suis kipas tu @pun nak selamat dan yakin tak ada arus elektrik, tutup terus suis utama (kotak fius rumah). Comfirm ok.
Enterframe dulu, hehehe... Paparea.

Step 2:

Buka dulu bahagian penutup atas tu. Ada 2 biji skru.

Step 3:

Cek dulu guna Test Pen, pastikan tiada arus elektrik.

Step 4:

Buka skru pada kapasitor tu dan keluarkan kedua2 wayar kapasitor dari penyambung wayar kipas tu.
Ada perbezaan kapasitor ni, yang asal / original dengan yang biasa. Yang asal besar dari yang biasa.

Step 5:

Tukar / Ganti semula kapasitor lama @ rosak dengan yang baru.

Kalau wayar kapasitor baru tu lebih panjang, potong la cikit.

Step 6:

Mula proses pemasangan semula sama seperti proses membuka tadi. Wayar kapasitor tu ikut sama seperti keadaan asal. Jangan salah pulak. Hehehe...

Ok, dah siap semua.

Opsss, ni la masalah bila jarang2 skali naik tengok bahagian atas.

Terpaksala cuci kipas ni dari habuk2. Kalau macam ni habuknya gunala vacum untuk sedut habuk tu. kalau takda vacum, pakai la berus. Jadi bertambah la kerja menyapu lantai akibat habuk berterabur.

Untuk TIPS CUCI KIPAS SILING PALING MUDAH TANPA HABUK BERSELERAK, sila ke LINK ini.

Bila dah cuci, try tengok hasilnya. Bezakan dengan video di atas. Laju ooo... Baru rasa angin.
 

Amacam ok tak tips ni. Korang yang ada masalah macam ni, boleh la cuba buat sendiri, dapat la menjimatkan wang. Yang penting ilmu perlu ada sebelum lakukan. Jangan memandai2, elektrik tak boleh bawa main. Very Dangerous. Be Careful ya kawan...

CARIAN YANG BERKAITAN:

a. Kenapa kipas siling jadi perlahan?
b. Punca kipas siling semakin perlahan.
c. Tips nak lajukan kipas siling yang perlahan.
d. Cara bagi laju kipas siling.
e. Cara baiki kipas siling pusing perlahan.
f. Cara tukar kapasitor kipas siling.
g. Apa itu kapasitor dan fungsinya pada kipas.

Terima kasih pada korang semua yang sudi layan Blog Mamapaparea.

Jumpa lain di entri yang lebih bermanfaat untuk kita semua. Bye2...

PapaRea

No comments: