Tuesday, 23 May 2017

RESIPI ACAR TIMUN NANAS SIMPLE DAN SEDAP by MAMAPAPAREA

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA

Hari ni nak buat resipi acar timun nanas yang paling saya gemari dari dulu tapi sekarang jaranglah buat. Sekali sekala saja. 


Jom layan resipi k

Bahan-bahan :
1 biji nanas saiz kecil 
1 biji timun tak besar
1 biji bawang merah sederhana 
1 biji cili merah 
1 biji lobak merah/carrot (saiz sederhana)
2-3 sudu besar gula 
1 1/2 sudu kecil garam
9 sudu bsr cuka

Nota penting : Jangan ditambah air

cara Menyediakan :

1. Hiris nanas, timun, carrot, cili merah dan bawang merah.



2. Masukkan dalam bekas atau mangkuk. Masukkan gula, garam dan cuka bergantung kepada citarasa korang. Kuantiti kat atas tu citarasa saya. hehehe



3. Gaul dan gaul. Kejap lagi air timun dan nanas tu akan keluar sebati dengan cuka. 

4. Sementara nak tunggu lauk lain siap, bolehlah disejukkan dalam peti ais kejap. 


Sedap makan nasi panas-panas juga di samping Ayam masak Rose tak rose sangat.hehe. Resipi simple saja. 


Selamat Mencuba k

Love 
Mama Rea

No comments: