Thursday, 13 April 2017

CARA BUAT KETUPAT PALAS JANTAN PALING MUDAH

Assalamualaikum Da
Salam Sejahtera Semuanya.

Pejam celik pejam celik, tinggal sebulan lebih saja lagi nak sambut Bulan Ramadhan (27 Mei 2017) and Hari Raya Aidilfitri (25 Jun 217). Macam-macam dalam kepala ni fikir apa persediaan nanti. Time bulan puasa ni la banyak kena prepare dari segi pemakanan dan kesihatan. Kewangan pun kena cukup juga. Bulan puasa ni kan bulan menguji kesabaran, sikap tamak ni memang mencabar seseorang yang sedang berpuasa ketika berada di Bazar Ramadhan dan ketika berbuka puasa. Apa yang dijual di bazar, semua rasa teringin nak makan. Dah jadi kebiasaan, bulan puasa ni syurga makanan. Macam2 yang kita jumpa kiuh muih, lauk pauk, yang tak pernah kita jumpa di bulan2 lain.

Persediaan saya dan keluarga di bulan puasa ni semestilah mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang dan juga supplement untuk beri tenaga ketika berpuasa. Yang penting bila mangkit makan soq (bangun Sahur) mesti ada ESP Shaklee.

SEBAB APA SAYA MINUM ESP SETIAP PAGI @ SAHUR???

Sebabnya adalah isteri saya ni sakit gastrik. Kalau korang yang ada masalah gastrik ni, memang Big Problem di bulan puasa kan3. Jadi bila isteri saya consume ESP ni, Alhamdulillah dia tak sakit dah bila berpuasa dan tahun lalu dia puasa penuh tau tanpa sebarang masalah walaupun masa tu tengah mengandung 8 bulan. Bagi saya pula, memang sangat bertenaga di siang hari tanpa ada rasa letih ketika berpuasa. 



Oh ya menjelang tiba raya nanti ni, menjadi kewajiban dalam keluarga kami menyediakan ketupat palas untuk juadah raya. Kalau tak ada Ketupat Palas dan Gulai/Rendang Daging memang tak berapa nak best lah raya tu. Hehehe...

Jadi kali ni nak ceritalah macam mana nak buat Ketupat Palas Versi Utagha Mai yang macam selalu mak buat setiap kali hari raya. Biasanya ketupat palas yang betul adalah ketupat palas jantan. Kalau salah balut tu, jadi juga tapi selalunya jadi Ketupat Palas Betina. Perbezaan antara Ketupat Palas Jantan and Ketupat Palas Betina adalah dari segi bentuknya macam gambar kat bawah ni.



Sebelum tu, nak cerita sikit masa mula-mula kami belajar dulu, asalnya memang ZERO tentang Ketupat Palas ni. Isteri saya pun baru nak belajar macam saya tak berapa terer lagi almaklumlah dia orang sabah jadi memang tak tau langsung la bab nak buat ketupat palas ni.

Pertama kali kami nak belajar, pi la Nat Behor Lateh (Pasar Pagi) beli Daun Palas dengan ketupat yang sudah siap balut. Tapi Ketupat Palas Betina RM2 seikat (10 biji), masa tu mana nak tau betina ka jantan, janji boleh jadikan contoh untuk belajar balut ketupat. Ni kira nak belajar sendiri la, tak nak tanya mak cara nak buat. Pemalu anak mak ni. Hehehe...

** Foto Kredit: maisepinggan.blogspot.my **
** Foto Kredit: brozam.blogspot.my **

Petang hari tu jugak, mula la sesi Kelas Belajar Membalut Ketupat Palas saya dan isteri. Tengah duk sedap membalut, Jeng Jeng Jeng… tiba2 mak datang rumah. Tak terkata apa2, hehehe. Mak cakap kami balut tu Ketupat Betina. Masa tu baru kami dua kenal ketupat ni. Mak pun ajarlah cara pusing bagi kena Ketupat Palas Jantan. Sebelum ni pernah mak ajar kami dua, tak dapat tangkap, laju berbenor tangan mak. Tu yang nak belajar sendiri. Hahaha...

Sekarang ni memang dah terer la kami dua, 2 tahun pengalaman Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Tu yang saya nak kongsi pada semua cara balut ketupat palas ni. Raya pun dah nak dekat, kan.

Untuk makluman korang semua, kita perlu balut dulu daun palas sebab nak lentur daun palas tu bagi dia ada bentuk ketupat. Selain tu nak bersih la cikit daun tu dari habuk2 yang ada dalam dia. Untuk mula2 ni, daun palas ni kita balut permukaan luar ke dalam, dan permukaan dalam ke luar. Nanti bila nak masukkan pulut, baru tukar balik permukaan daun tu seperti biasa. Baru la senang nak balut dengan pulut.

Meh saya tunjuk cara balut ketupat ni Step By Step, siap gambar lagi.

Step 1:

1st sekali, kenalah kenal daun palas dulu ye. Inilah rupa daun palasnya, semua tu dalam 1 ikat. 1 ikat ada yang harga RM4, RM5, RM6 masa beli tahun lepas, harga ikut panjang daun palas. Beli yang pendek pun sudah ok lingkungan kurang 1 meter, kalau panjang pun nak buat apa, lebihan kena potong. Membazir tu. Tapi sama ja, yang penting elok daunnya. 1 ikat biasanya dapat balut 1-2kg pulut susu. 



Kat mana nak beli Daun Palas??? Pasar Pagi, Pasar Malam, Bazar Ramadhan. Seminggu nak raya, lagi banyak orang jual daun palas ni. Rasanya Negeri2 di Utara yang TOP Daun Palas ni bila hari raya.


** Foto Kredit: mknaceunlimited.blogspot.my **

Step 2:

Gunting sikit bagi sama di hujung daun palas, baru nampak comel daun kita. Ada jugak yang tak gunting hujung daun tu, macam tak bersih ja. Buka daun tu dan lap dengan tuala lembap untuk buang segala habuk.

Gambar di bawah ni adalah bahagian dalam daun palas yang mana nanti nak isi pulut bahagian ni la. Nak tahu luar ka dalam, perhatikan tulang daun tu timbul (luar) dan yang nampak suci daun tu (dalam). Tak reti la nak cerita, korang beli daun palas, korang rasa sendiri daun tu ok. Mesti korang tau mana luar mana dalam.

** Ni pulak belah dalam daun palas **
Nampak suci kan daun dia

** Ni belah luar daun palas **

Untuk balut ketupat kosong ni, kita pastikan tulang daun palas tu (timbul) mesti berada di dalam. Bila nanti nak masukkan pulut baru ubah tulang daun tu berada di luar.

Step 3:

Mula2 lipat dari bucu kanan ke dalam, seperti dalam gambar di bawah.


Step 4:

Kemudian, lipat sekali lagi jadi macam gambar kat bawah ni.


Boleh paham dak??? Bolehlah kot no. Kalau tak faham, renung gambar betul-betul. Jangan jadi juling sudah. Hehehe...

Step 5:

Dah lipat kali kedua tadi, tarik sikit ke sisi kanan bagi ada bucu macam ni. Bentuk kon, kononnya ada ruang nak masukkan pulut lah. Ingat, bucu akan kekal berada di luar sehingga habis proses membalut.


Step 6:

Lepas tu, ambil bahagian daun bawah tu, tarik naik menegak ke atas.


Step 7:

Tarik dan naikkan ke atas sebelah kanan bucu tadi. Turun ke bawah pulak.


Step 8:

Terbalikkan daun tu. Bucu akan berada di arah kanan. Pusing ke belakang jadi macam dalam gambar di bawah. Pusing terus bagi tutup bucu kecil.


Step 9:

Masukkan hujung daun tu ke dalam celahan pusingan tadi.


Step 10:

Tarik bagi kemas bentuk ketupat tu. Tarik sampai daun tu menutup bucu kecik tu.


Ok, selesai sudah Ketupat Palas Jantan. Korang macamana, boleh ka ikut???
Tak pa, belajar pelan2, fokus betul2 setiap gambar di atas tu. Ok...

Ni gambar bentuk Ketupat Palas Jantan yang dah siap. Gambar dari arah depan dan belakang.



Jadi bila semua dah siap balut, simpan la ketupat tu dalam tuala lembap agar daunnya sentiasa segar dan tidak kering sementara tunggu nak isi pulut pulak.

Seeloknya, malam hari yang sama masak pulut dan isi pulut dalam ketupat tu. Jangan biar ketupat tu lama2, rosak daun dia nanti.

Habis dah entri tentang Cara Balut Ketupat Palas Jantan.

Oh ya, untuk Resipi Pulut Ketupat Palas Dan Cara Balut Ketupat Daun Palas Bersama Pulut boleh klik DI SINI, resipi gubahan isteri saya. Dia belajar dari internet juga tapi dia adjust bagi sesuai rasa utara dan rasa lebih enak, emmmmmm dap nyeeeeee....

Terbaru : CARA BUAT KETUPAT PALAS PALING MUDAH FAHAM (GAMBAR DAN VIDEO) : EDISI RAYA 2017

CARIAN YANG BERKAITAN:

  • Ketupat Daun Palas
  • Ketupat Palas Jantan Betina
  • Cara Balut Ketupat Daun Palas
  • Cara Mengayam Ketupat Palas
  • Buat Ketupat Palas 
  • Teknik Balut Ketupat Palas Yang Mudah
  • Ketupat Palas Utara
  • Ketupat Palas Hari Raya

Jumpa lagi di entri seterusnya dan terima kasih sudi membaca.

By,

PapaRea