Wednesday, 1 March 2017

CARA BUKA AKAUN ASB UNTUK ANAK (AKAUN BIJAK/REMAJA)


Pada bulan Januari 2017 yang lepas, cukup la usia anak ku yang kedua ni, 6 bulan. Bila dah cukup umur dia, memang semestinya saya dan isteri akan ke Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) untuk buat buku Akaun Remaja (ASB) untuk my baby boy, Rea Adam Daniyal. Kakaknya pun sama dulu, cukup ja umur, terus buat buku akaun ASB pada bulan Julai 2014. 1st time kami sebagai ibu bapa buat akaun untuk anak. Memang rasa tersangat bangga bila selesai. 

** Ini la My Baby Boy, Rea Adam Daniyal (6 Bulan) **

** Ini pulak My Princess, Rea Hanna Sophea (6 Bulan) **

Di sini saya nak share Cara Buka Buku Akaun Remaja untuk anak. Sebelum tu, nak cerita sikit tentang ASB ni.

Apa yang kita semua paham, ASB maksud penuhnya Amanah Saham Bumiputera dan ianya hanya dikhaskan untuk Bumiputera saja (Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak) dan had umur minimum untuk membuka akaun ASB adalah 6 bulan ke atas dari tarikh lahir si pemohon. Jadi, baby Daniyal sudah layak untuk ada akaun ASB.

**Amanah Saham Bumiputera**    **Amanah Saham Bumiputera 2**
(ASB)                                             (ASB2)

ASB juga terbahagi kepada dua, iaitu ASB dan ASB2. Perbezaan ASB dengan ASB2 adalah dari segi pulangan bonus dan dividen tahunan. ASB2 ni adalah kesinambungan dari ASB1/ASB. Sekiranya akaun ASB sudah penuh iaitu jumlah pelaburan dalam akaun sudah mencecah had maksimun RM200,000, secara automatik boleh la buka akaun ASB2 pulak. Had maksimun pelaburan bagi akaun ASB2 adalah RM200,000. Jadi jumlah bagi seorang penama untuk melabur di dalam ASB/ASB2 hanya RM400,000 sahaja. Kalau kedua2 akaun tu dah full, buka ASB3 pulak.huhuhu... Gurau je, tapi tak tau la pulak bila ASNB akan lancarkan ASB3. 

Untuk entri kali ni, saya hanya nak fokus pada Akaun ASB. Akaun ASB terbahagi kepada dua akaun iaitu:

1)      Akaun Bijak/Remaja

a)      Had Umur

i) Bagi permohonan untuk membuka akaun Remaja adalah ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah.

b)      Had Pelaburan

i)    50,000 unit (RM50,000.00)

c)      Syarat Pemegang Akaun Remaja

i) Pemohon berstatus remaja tidak dibenarkan untuk menjual semula unit melainkan remaja berkenaan telah mencapai umur 12 tahun. Ini bermakna, duit simpanan ASB tidak boleh dikeluarkan sehinggalah pemohon ASB berusia 12 tahun.

ii) Pengeluaran wang tidak boleh melebihi jumlah RM200 bagi Akaun Remaja dalam mana-mana tempoh 1 minggu.

iii)Akaun Remaja akan ditukarkan secara automatik ke Akaun Dewasa setelah remaja berkenaan mencapai Umur Majoriti iaitu 18 tahun ke atas.

2)      Akaun Dewasa

a)      Had Umur

i)      18 tahun ke atas.

b)      Had Pelaburan

             i)      200,000 unit (RM200,000.00)

** Ni Buku My Baby Boy, Akaun Remaja 'TING!' **

** Papa - Mama - Kakak - Adik **
Ops! Mesti korang heran buku mama dia masih 'TING!'...
sebab..page masih banyak kosong lagi, tak melabur dari kecil. huhuhu...

Ok, meh kita cerita terus la tentang Cara Buka Buku Akaun Remaja ni...
Apa yang saya kongsi ni adalah berdasarkan pengalaman saya buka akaun ASB di Cawangan ASNB Kangar. Tapi tak semestinya sama prosedur dia bergantung kepada keperluan kalau korang buka buku di mana-mana ejen-ejen ASNB seperti Maybank, CIMB Bank dll dan juga mana-mana cawangan pejabat pos. 

Saya terang satu persatu bersama gambar sekali contoh pengisian borang.

Step 1:

Sebelum pi ke ASNB, kena prepare la apa2 dokumen penting seperti:-

i)   My Kad Ibu Bapa/Penjaga, 
ii)  My Kid Anak 
iii) Sijil Lahir Anak. 

Bawa semua dokumen tu bersama2 SALINAN. Jangan pulak lupa duit nak masuk akaun anak tu.

Step 2:

Di ASNB, untuk permohonan buka akaun, tanya abang security dulu, "Bro, saya nak buka akaun ASB anak?" Terus dia bagi semua borang pendaftaran ASB untuk kita isi segera. Semua borang tu seperti di Step 3.  

Ooo, hari tu saya terlupa bawa sijil lahir anak, cuma MyKid saja yang ada. Mula la panik ingatkan kena cancel balik rumah dulu ambil sijil tu. Nasib baik staf sana cakap boleh guna MyKid tetapi diorang akan keluarkan borang pengesahan butiran anak, dari sistem ASNB. Tak sempat pulak saya snap borang tu...

Bila semua borang tu dah siap isi, abang security akan tanya, "Bro, Borang dah siap isi?" Jawab saya. "Sudah siap Broo"... Dia akan semak semua borang yang kita isi. Bila semua dah lengkap, dapat hadiah berupa tiket ke kaunter. Jadi tunggu la nombor tiket bertuah kita tu dipanggil ke mana2 kaunter yang terpilih. Hehehe...

Step 3:

Ada beberapa jenis borang perlu kita isi.

** Contoh Borang Pendaftaran Unit Amanah - ASNB P2 **
(Akaun Bijak/Remaja) Muka Depan

** Contoh Borang Pendaftaran Unit Amanah - ASNB P2 **
(Akaun Bijak/Remaja) Muka Belakang

Page ni menunjukkan Kod Pekerjaan dan Kod Pendapatan Ibu Bapa. Jadi tak payah nak pening kepala apa nak tulis dalam borang tu nanti...

Contoh:

Bapa bekerja sebagai Peniaga Nasi Lemak RM1.00. Kod Pekerjaannya ialah H 05.

H   -   Bekerja Sendiri
05  -   Peniaga Kecil-kecilan

Kalau pendapatan bulanan kurang RM3,000.00. Kod Pendapatannya ialah 03.

** Contoh Borang Pengisytiharan FATCA **

Borang Pengisytiharan FATCA adalah Surat AkuJanji yang menyatakan si pemohon bukan mana-mana warganegara atau pemastautin Amerika Syarikat "U.S Person". Pihak ASNB nak tahu kita ni warganegara Malaysia, tak nak ada kaitan dengan negara luar. Sebabnya perlu banyak pengesahan berkaitan status warganegara. ASB ni hanya untuk warganegara yang berstatus Bumiputera saja.

** Borang Pengisytiharaan Politically Exposed Person **

Borang ni pulak adalah untuk mengenalpasti si pemohon adalah Individu secara langsung @ tidak langsung mempunyai pengaruh politik (PEP) merujuk kepada individu yang atau telah diamanahkan dengan fungsi awam yang penting dalam negara atau oleh negara luar. 

Kiranya, bab politik jugak ni, orang yang ada kepentingan. Mungkin semua ni adalah untuk simpanan dalam rekod ASNB.

** Borang Jualan Balik - ASNB JB **
Borang Keluar Duit...

Borang ni untuk yang mana ibu bapa nak menambah pelaburan dalam akaun anak, keluarla duit dari akaun ibu @ bapa menggunakan borang ni.

** Borang Jualan Balik - Muka Belakang **

Jangan lupa pulak bahagian ni. Selalu bahagian ni ramai yang terlupa nak isi termasuk saya. Bila di kaunter, staf suruh isi semula page tu...
Paham2 la bila keadaan masa tu sibuk, memang muka staf kat kaunter tu mesti MASAMM. Nak marah2 ja, kenapa? Jadi korang isi siap2 sekali dengan tandatangan korang. Cepat urusan kita di kaunter, cepat la siap...

** Borang Pelaburan - ASNB PT **

Borang untuk masuk duit ni... Borang ni diisi bersama2 dengan borang pendaftaran ASNB P2 borang merah kat atas tu. Dalam borang merah tu pun ada bahagian untuk jumlah pelaburan permulaan. Jumlah perlaburan tu sama di borang biru ni.

Untuk segala keperluan dokumen bagi pembukaan akaun ASB ni sudah lengkap. Sambil staf ASNB tu proses borang kita, duduk and tunggu sehingga staf ASNB panggil amik buku...

Ok, selesai dah cara nak buka buku ASB remaja untuk anak. Yeahhhhh..... seronokyeee...

** Jom kita berjoget **


Ni adalah syarat2 untuk pendaftaran akaun. Kalau nak lebih jelas and complete, klik di SINI.

Bagi ibu bapa yang kurang pasti akan hukum pelaburan ni, jangan cepat melatah. Ada yang dengar je orang cakap ASB ni HARAM, terus kelam kabut pi keluarkan semua duit dalam ASB. Jangan la macam tu, siasat dulu betul ka tidak. Hukum melabur dalam ASB ini adalah HARUS dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Nak lebih jelas, boleh la klik LINK ni. Macam2 penerangan yang korang boleh tau tentang ASB ni.

Peringatan pada semua, terutama ibu bapa, prepare la awal untuk semua dokumen sebelum ke ASNB. Tak la kita menyusahkan diri, orang lain dan juga menjimatkan kos (parking kereta) and masa kita berurusan di kaunter. 


CARIAN YANG BERKAITAN:
  • Cara Buka Buku Akaun ASB
  • Cara Buka Akaun ASB
  • Cara Buka Akaun ASB Untuk Anak
  • Buka Buku Akaun ASB
  • Buka Buku Akaun ASB (Akaun Remaja/Akaun Bijak)
  • Buka Akaun ASB (Anak 6 Bulan)
  • Akaun ASB untuk Bumiputera
  • Akaun ASB Untuk Anak
  • Daftar Akaun ASB Anak Kecil
  • Pengalaman Ibu Bapa Buka ASB Anak

Sekian, terima kasih kerana sudi singgah Blog MamaPapaRea kami ni.

Jumpa lagi.

By:

PAPAREA

12 comments:

Noorlie Sabrie said... Reply Comment

kalau 14 tahun, dapat tak keluarkan duit without parents?

Mama Papa Rea said... Reply Comment

TQ sudi baca blog Mamapaparea.

Untuk 14 tahun ni dah boleh keluar sendiri tapi terhad untuk 200 unit @ RM200 dalam seminggu.

Puan Sue said... Reply Comment

Sedihnya tadi pegi nk buat akaun ting utk anak...anak umur 8bulan die bgtau xboleh..tgu 1tahun...😭

Anonymous said... Reply Comment

Salamz.. thn lps sye daftar asb utk ank sye. Sampai hri ni xde ape2 follow up.. duit yg di daftar tu akn dibatalkn ke?

Mohd Fairuz said... Reply Comment

assalamualaikum..ade ke dinyatakan jumlah minimum pelaburan untuk buka akaun ASB anak2?

Unknown said... Reply Comment

Kalau bwh 12thn limit parents leh kuarkn bpe...

Anonymous said... Reply Comment

Nak kena both parent punyer mykad atau sorang jer??

Mama Papa Rea said... Reply Comment

@Anonymous:
Salah sorang pun boleh. nak daftar atas nama bapa pun boleh, ibu pun boleh @ penjaga pun boleh (atuk / nenek)

Mama Papa Rea said... Reply Comment

@Unknown:
Parent blh ja kuarkan duit anak tu, tiada limit asalkan mesti dalam akaun baki minimun ada 10 unit @ RM10.

Mama Papa Rea said... Reply Comment

@Mohd Fairuz:
Waalaikumussalam, Tq Mohd Fairuz sudi singgah cni. Setiap proses buka akaun ASB ni jumlah minimum pelaburan adalah RM10 @ 10 unit. Wajib. Nak masuk lebih pun takda masalah, duit tu boleh di kluarkan balik.

Mama Papa Rea said... Reply Comment

@Anonymous:
Waalaikumussalam, Tanpa Nama.lepas je kita daftar, duit dalam akaun tu takkan burn. Selagi dalam akaun tu ada duit, selagi tu la akaun tu aktif. Setahun sekali pun blh masukkan duit macam Paparea setiap awal tahun.

Mama Papa Rea said... Reply Comment

@Puan Sue:
Hye Pn.Sue. Pn pg kaunter mana, Bank ka, ASB ka @ Pej POS???
Paparea pnh jugak jadi mcm ni, masa nak buka akuan baby Boy Paparea. Di pej POS, depa cakap sama mcm Pn.Sue. Sedangkan umur baby dah cukup 6bln. Trus p ASB, blhla plk. Mgkin staf kaunter yg Pn.Sue tya tu, MOODY kut. Hehehe...
Asalkan semua cukup syarat kelayakan, semua blh buat.