Thursday, 5 November 2015

JJCM : ENAKNYA IKAN PATIN TEMPOYAK TEMERLOH NYUM..NYUM..NYUM

Assalamualaikum wbt semua..

Selesai sahaja kursus Mr. Papa kita tu di KL, kami terus ke Temerloh untuk menziarah rumah adik perempuan saya, Lina. Jadi, sempatlah makan Ikan Patin Masak Tempoyak yang popular kat situ. Sedap Alhamdulillah. Masuk yang ni, kali ketiga merasa masakan Ikan Patin Tempoyak ni. Kalau datang sini, tak sah kalau tak makan ni..

Serba sedikit gambar kami menikmati Ikan Patin masak Tempoyak yang super sedap...teringin lagi.




* Kredit : google

Kali ni, kami makan Kat sini, Famous rupanya tempat ni. Ramai orang datang makan. Alhamdulillah memang sedap. Sangat sedap. InsyaAllah, datang Temerloh kami pekena Ikan Patin masak Tempoyak lagi kat sini.


Pertama kali mencuba rasa sedap, kedua kali makan, sangat sedap sampai asyik teringin nak buat kat umah, ketiga kali merasa..alahai super duper sedap. Thanks.


Thanks adik..Lina and her husband yang selalu belanja kitaorang pekena Ikan Patin Tempoyak yang sedap-sedap. Murah rezeki kalian. Adik Lina jadi paparazi dalam ni. hehe


Sampai licin. Alhamdulillah.


Tengah tunggu nasi time ni, sebab ramai orang, 15 minit depa bagi masa. hehe.takpe, yang penting sedap. Sempat borak dengan kakak dalam telefon. Tapi rasanya tak sampai 15minit pun dah boleh makan.


Kami balik Ahad 1hb November hari tu, singgah kejap di Cameron Highlands. Suami teringin nak beli Cactus. Mak aiiii, jauhnya Cameron. Tapi kawasannya sejk dan pemandangannya indah. Tapi sebab hujan tak dapat ambil gambar pemandangan. Sempat ambil yang ni sahaja. Rea duk tunggu papa beli jagung manis Cameron.







Sempat beli sayur-sayuran segar dan jagung manis. hehe. Budak bertuah tu asyik nak ambil jagung dalam bakul plastik, kemudian makan. Semua dia nak try makan. Tak masak punnnnnn boleh kan Rea.

Kira-kira pukul 6.30 kami bertolak balik. Alhamdulillah, selamat sampai ke destinasi. Syukur Alhamdulillah. Nak share yang tu ja.hehe


Wassalam.

MamaPapaRea

No comments: