Friday, 23 October 2015

THANK YOU DENA BAHRIN & IRINE NADIA

Assalamualaikum semua...

Wah..tajuk macam tetiba je kan...apa kaitan mereka dengan saya ek. hehe. Tak ada apa-apa talian tetapi sekadar nak berterima kasih kepada mereka. Sebab ape? sebab mereka buka mata saya, menegur saya hanya melalui personaliti tanpa perlu berkata apa-apa. Saya amat berterima kasih kepada bloggers otai ini secara jujurnya (walau mungkin  mereka tak baca pun blog saya..hehe) kerana fesyen muslimah yang ditonjolkan mereka..inspired me a lot..Cuma, nak bagitahu bahawa mereka tak sebut pun tentang penampilan seorang muslimah yang betul tetapi, hati ini sendiri tergerak dan mengagumi penampilan mereka sehingga saya sendiri mencari dan mencari kembali hukum-hukum seorang muslimah yang wajib lakukan apatahlagi bergelar seorang isteri.

Sejujurnya saya salute, dengan kematangan mereka, memandangkan saya sudah semakin 'tua' hehe jika dibandingkan dengan mereka yang masih muda, rasa seperti masa saya sebaya mereka, saya masih duduk mengelamun lagi dan tak pernah ada set pemikiran seperti mereka...hehe..matang sungguh depa kan..siapa setuju dengan saya.angkat tangan?maaf tak nampak.hehe..

Saya tak berapa ingatlah bila..tetapi setahun lebih yang lalu sewaktu suami saya membuat keputusan untuk memasang kemudahan internet (STREAMYX), tak pernah terlintas lagi akan rajin membaca blog-blog mereka ini. Malah blog ni pun tak berapa faham sangat. betapa ketinggalannya saya.huhuhu...Bermula dengan mencari info tentang cara bermekap (maklumlah suka benor dengan mekap), cara bertudung dan sebagainya, entah macam mana boleh link2 hingga terjumpa blog Fatin Liyana, blog Nisa Kay, Yuyu Zulaikha..Entah cari apa masa itu terlink cerita-cerita menarik para blogger kot..Cuma yang boleh kenal Dena Bahrin bila, saya search gambar Fatin Liyana kot hehe, terjumpa gambar Fatin bergambar dengan Nisa Kay, kemudian next2 nampak Nisa Kay bergambar bergambar dengan Dena Bahrin,  Yuyu Zulaikha dan ramai lagi blogger ketika di Majlis Perkahwinan Irine Nadia...jadi saya buka gambar tersebut dan lawat halaman web Nisa di  http://www.nisakay.com/2012/07/sekitar-majlis-perkahwinan-irine-nadia.html


Inilah gambar tu, tengok gambar tak tahu pun siapa Dena Bahrin ni, tetapi bila baca caption Nisa Kay;

"Lepas menapak dua tiga langkah, aku ternampak blogger DENA BAHRIN yang mana video lamaran beliau meletop-letopss kat youtube tu. SubhanAllah dear, you have such a beautiful story, Allah Maha Besar :’) Really envy you dear.. And Dena is truly comelss!! Aww nasib aku tak cubit je pipi beliau. Ihik!! ."

Baca-baca yang tu buatkan saya teruja dan ingin tahu siapakah Dena Bahrin yang super comel ini. Akhirnya jumpa blog beliau and terus baca, baca dan baca..sambil meneliti gambarnya dan videonya yang menjadi viral..1st impression, wah, sungguh matang gaya penyampaiannya..seperti sudah melalui pelbagai pengalaman hidup. Saya suka cara dia mengendalikan blog beliau dan menulis tentang sesebuah perkara berkaitan hubungan kita dengan manusia, hubungan kita dengan Allah SWT. Macam mana kita deal with keadaan sekeliling yang macam-macam masalah yang perlu untuk buat pilihan...Tiap-tiap hari saya buka blog Dena untuk menghabiskan pembacaan (lepas anak dah tidur). Pada mulanya, saya hanya suka dengan hasil penulisannya, lama-kelamaan, saya mula melihat penampilan beliau yang pada awalnya ada kelainan  dari pada caranya bertudung dan berpakaian. Saya bandingkan dengan diri saya. Oh, saya tidak pernah tersedar rupanya yang cara saya berpakaian tidak menutup aurat dengan betul. Ye, saya faham ada orang kata tak semestinya pakai tutup aurat atau contoh paling mudah bertudunglah kan, akhlaknya akan baik tetapi bagi saya yang baru sedar dari mimpi, tak kira akhlak baik ka buruk, hukum wajib tetap wajib. Tuntutan agama yang kita seharusnya tidak pandang remeh.

Saya mula terpikat dengan cara beliau bertudung dan cara pemakaiannya yang menutup aurat dengan sempurna, maklumlah saya pakai tudung ikut dan ja (utagha accent). Rasa sesuai dengan warna baju tak kira besar kecik tudung, saya belasah je.heehe. Selalu belajar tentang menutup aurat dengan sempurna di kelas agama PERKIM, tapi entah kenapa tak pernah tergerak pun..sebab dah pakai tudung maksudnya dah tak nampak auratlah (yang saya faham dulu)..Astagfirullah..saya salah..ampunkan hambamu ini Ya Allah. Tak pernah menyedarinya selama ini. Maka dari situ, saya belajar cara Dena bertudung..ooo sebelum saya belajar cara Dena bertudung saya try cara Irine Nadia bertudung sebab simple saja tetapi menutup aurat dengan sempurna. Blog Irine Nadia pula saya senang membacanya kerana saya lihat dia seorang yang berjaya di usia muda. Dia belajar sambil berbisnes online, dalam pada masa yang sama berkahwin dan menguruskam rumah tangga dan kini berjaya buka butiknya sendiri. Saya selalu tertanya-tanya macam mana mereka boleh berjaya di usia muda ini..Jadi saya jejak segala entri beliau mana yang larat saya baca, saya habiskan..hehe(sebab dah terlepas banyak)...tapi saya suka melihat foto-foto beliau dengan keluarganya yang bahagia. Alhamdulillah.



Ini kali pertama saya memakai tudung gaya Irine Nadia September tahun lalu

Entah kenapa selepas mengenakan tudung labuh begini, makin sukar dan berat sangat untuk saya mengubahnya lagi ke gaya bertudung yang lain walaupun saya ada banyak selendang dan tudung instant yang singkat. Walaupun keluar skejap dan tidak jauh saya cuba kenakan tudung menutup dada dan berlengan panjang. Jika dulu, kalau pergi ke mana-mana, kadang-kadang saya memakai baju berlengan pendek kerana mudah kepanasan. Saya mula menyukai jubah atau maxi yang longgar dan tidak terlalu ketat..Saya mula menukar penggunaan jeans ketat kepada jeans yang lebih longgar bersesuaian dgn imej tudung saya. Saya mula pakai blouse besar dan longgar. Pada mulanya, saya ubah cara bertudung saja kan...tapi bila saya tengok cermin,baju yg saya pakai tidak sesuai dengan tudung saya . Dala, hati berkata " Tudung dah sesuai, baju dengan seluar kena pakai sopan barulah sesuai." Maka saya akan tukar kepada yang penampilan yang lebih sopan. Seluar saya ubah kepada skirt untuk padanan yang sesuai...okey, bila tengok semua dah tertutup saya pun rasa selesa nak keluar. Bila keluar tu, rasa happy sangat kerana rasa selesa..tenang je dalam jiwa sebab tak payah nak sembunyi lemak-lemak perut bagai..hehe.Mula-mula je rasa macam tu... Tapi, lama-kelamaan terdetik dalam hati saya, ada yang tak kena dengan penampilan saya...saya mula menyemak penampilan saya. Malah saya mencari cara berpakaian menutup aurat dengan sempurna..saya jumpa ini di google imej.


Gambar inilah yang beritahu saya segala-galanya tentang aurat yang perlu saya ikut

Pelik kan, bukan tak belajar, saya dah belajar semua ini tapi macam tak endah tuntutan agama ini, mungkin sebab masih tak faham betul-betul kan masa mula-mula dulu bergelar seorang mualaf. Masa itu, saya kira pakai tudung bawal tu je dah cukup menutup aurat, takdelah seksi sangat tapi maksud saya di sini, saya banyak kekurangan dalam menutup aurat dengan sempura iaitu tak pakai stokin, pakai tudung singkat, pakai baju dan seluar ketat, kening dirias, pemakaian bulu mata palsu dan macam-macam lagi... hmm, AstaghfirullahalAzim, banyak dosa tanpa saya sedari selama ini..Sebenarnya, ia bukanlah paksaan tetapi ia adalah tuntutan yang saya tak endahkan sebelum ini. Menyedari agama islam agama yang paling indah dan benar, tidak cukup lagi menjadi seorang muslimah sejati. Pada pendapat saya, bila kita mengenali agama itu, maka kita kena memahami kenapa tuntutan itu dibuat. kenapa kita perlu wajib melakukannya, kenapa kita sunat, harus, makruh, dan haram melakukannya. Belajar fardu ain di Perkim dulu. Sekarang kena masuk kelas balik untuk cari ilmu lagi. InsyaAllah. Maka saya belajar balik, mencari hadis/dalil berkaitan menutup aurat dengan sempurna. Antaranya;

.“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (QS: An-Nur, 31)

Antara syarat-syarat pakaian wanita adalah:
1. Hendaklah menutup aurat
2. Tidak jarang atau nipis yang menampakkan kulit badan
3. Tidak ketat atau sendat hingga menampakkan bentuk tubuh
4. Tidak menyerupai pakaian lelaki
5. Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasiq
6. Tidak berlebihan dan menzahirkan kesombongan
7. Bukan pakaian syuhrah
8. Tidak mempunyai hiasan atau corak yang menarik pandangan lelaki.

Selain itu, berkenaan perkara lain;

  1. Bulu Kening dan gigi.
Antara hadis yang melarang perbuatan mencukur kening  ialah hadis  daripada Abdullah bin Masud  daripada Rasulullah  S.A.W bersabda yang bermaksud:
Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka ( al Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya( al Mutanammisah),wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah” . Riwayat ( al Bukhari ,Muslim ,Abu Daud)
*Laknat Allah adalah ke atas perbuatan yang di larang.Tidak terkena laknat Allah jika sekiranya perbuatan itu di benarkan syarak.

  1. Kaki (tumit kaki).
Dan janganlah mereka (perempuan) memhentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (QS: An-Nur: 31)

  1.  Wewangian.
Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibnu Khuzaimah dan Hibban)

  1. Dada.
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.” (QS: An-Nur:31)

6.   Muka dan Tangan.

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: “Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).
Tangan.“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

7.  Mata.

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebagian dari pandangannya.” (QS: An-Nur : 31)
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

  1. Mulut (suara).
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” (QS: Al Ahzab: 32)
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, Yaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (musik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibnu Majah).

  1. Kemaluan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(QS: An-Nur )
Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa dibulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

  1. Pakaian.
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibnu Majah)
Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS: Al Ahzab : 59)

  1.  Rambut.
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Saya mengucap panjang kerana tidak ambil peduli perkara yang nampak mudah tetapi besar maknanya..Maka dari sini, saya mula bertekad untuk menutup aurat dengan sempurna kerana Allah, dan bukan sesiapa tapi kerana tuntutan agama yang wajib dilakukan dan kerana kita hamba Allah. Malah, saya pernah mendengar seorang ustaz berkata, biar tidak cantik di mata manusia, tapi cantik di mata Allah..Subhanallah, sungguh menusuk ayatnya hingga terasa ke dalam jiwa.

Menyedari kekuasaan Allah SWT, membuatkan saya takut untuk melakukan laranganNya. Alhamdulillah, saya sedar. Tapi tidak bermakna saya sempurna..Masih terlalu banyak ilmu agama yang perlu saya pelajari dan faham. Perasaan takut itulah membuatkan saya semakin utuh untuk menegakkan prinsip diri yang mana,biarlah pakai biasa-biasa tapi sesuai dengan garis panduan agama, biar saya pakai yang biasa-biasa tapi indah di mata Allah. InsyaAllah.

Maka, bila mengamati betul-betul apa yang membuatkan saya rasa masih ada tak cukup lagi dalam cara berpakaian ialah, pemakaian stokin..saya tidak sedar perkara ini pada mulanya..langsung tidak sedar(stokin xwajib tapi kita wajib tutup aurat dengan sempurna), Jadi, melabuhkan kain saja belum tentu dapat menutup seluruh kaki kita, maka pemakaian stokin lah yang sesuai kan. Itu yang saya faham, betulkan jika saya salah. Mengubah cara bertudung saja tidak cukup. rasanya dah lama mengenakan gaya tudung berlitup tetapi baru saja sedar. Astaghfirullah..banyak kelalaian saya. Maka, saya berjinak-jinak memakai stoking pada bulan-bulan seterusnya. Namun, tak lama perasaan malu menjelma..dalam hati tergugat..saya risau dikatakan, agama baru nak belajar, nak berpakaian tutup-tutup bagai mengalahkan orang yang ilmu agama penuh di dada..nak tunjuk alim la tu..macam-macam dalam kepala ni..

Saya mula perasan suami macam nampak pelik sikit dengan cara pemakaian saya..Dah macam ustazah katanya. Mungkin suami tidak berniat apa-apa, tetapi bila terdengar perkataan ustazah, dalam hati saya berdetik “ Saya sangat kerdil jika dibandingkan dengan ilmu agama mereka, layakkah aku berpakaian seperti mereka” Tetapi, saya betulkan niat kembali. Ini bukan pasal ustazah tak ustazah. Ini adalah hukum wajib dilakukan oleh semua muslimah. Entah-entah, semua suka bila kita berubah, diri kita sendiri sahaja yang suka fikir bukan-bukan kan. Jadi, semua itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus berubah ke arah kebaikan. Saya buat kerana Allah SWT lebih mengetahui segala sesuatu tak kira saya baru ka atau lama. Saya sedar hidup ini hanya sementara dan kita akan kembali kepadaNya. Saya tidak boleh mendahulukan duniawi yang tidak kekal ini namun di sinilah saya membuat bekal untuk akhirat nanti. InsyaAllah. Saya berterima kasih kepada suamiku juga kerana dia selalu menegur tentang pakaian saya yang kadang-kadang terlalu menonjol dahulu.  Mungkin dulu nampak stailo, tapi tidak stailo di mata Allah..ye kan? Inilah juga salah satu maksud hijrah. Hijrah saya daripada yang tidak sopan kepada yang lebih sopan. Jika dibandingkan dengan peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dan rombongan baginda dari Kota Makkah ke Kota Madinah, penghijrahan saya hanya sebesar zarah sahaja yang tidak kelihatan pun pada mata kasar. Begitu besar pengorbanan Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam.

Dalam hidup, hanya Allah cinta sejati. Perkataan ini beribu-ribu kali saya sebut kerana saya dapat merasakannya kini. Tiada siapa menyayangi saya lebih daripada kasih sayang Allah S.W.T. Maka, saya nak perbetulkan apa yang kurang, saya nak perbaiki segala kelemahan dalam akhlak saya, menjaga lidah, menjaga tangan,mata, telinga, kaki, fikiran, hati dan sebagainya daripada melakukan perkara dimurkai Allah SWT. Walau mungkin kadang-kadang saya terlalai, sama-samalah kita ingat memperingati kerana diri saya tidak sempurna, kita semua tidak sempurna. Tetapi saya bersyukur diberikan hidayah daripada pelbagai cara oleh Allah S.W.T. Syukur Alhamdulillah.

Maka, saya ucapkan terima kasih kepada Dena dan Irine, yang membuka mata saya tentang apa itu aurat. Mungkin kalian tidak sedar dan tidak menyangka perkara seperti itu boleh membuka mata saya dan sangat bermakna untuk pemahaman saya. Walaupun mungkin nampak kecil, tapi ia sebahagian dari dakwah kan. Bukan bermakna, anda mengubah saya, tetapi anda menyedarkan saya untuk sesuatu yang  benar. Thanks my adik-adik walaupun anda  tak mengenali saya.heheeee

Kini, saya lebih terbuka memandang ke hadapan, belakang adalah masa lalu untuk sebuah pengajaran. Rasanya banyak perkara lagi yang saya perlu perbaiki dan perlu berlajar dari hari ke hari kerana masih banyak perkara yang saya tidak tahu, umpama anak kecil yang baru belajar merangkak, bertatih dan berjalan,maka pimpinlah saya dan sama-samalah kita mencari redha Allah. Semoga diperlihara iman dan tetaplah hati kita. Amin.

Walahu a'lam

Wassalam
Julia sia.


No comments: