Sabtu, 14 April 2018

CARA PRINT PENYATA / STATEMENT BANK DARI MAYBANK2U

 
SALAM SILATURAHIM UNTUK SEMUA.

Hari ni Paparea nak kongsi pada korang semua tentang cara nak print Penyata Bank @ Statement Bank dari Maybank2u. Ada yang tahu tak tentang ni?

Mula2nya Paparea terpikir tentang ni sebab, biasala mesti bab duit punya. Paparea ada la masuk bahagian beli lembu untuk akikah anak tahun ni. Jadi bayar bulan2 la selama 10 bulan bermula dari bulan 10 tahun lepas (2017). Nak jadikan cerita, abang paparea gitau ada termiss 1 bulan tak bayar. Selalunya Paparea transfer guna M2U ni. Mula la pikiaq, ada yang tak bayar ka ni? %^%$#@$#^%*&

Yang slalu kita buat untuk penyata @ semak transaksi akaun ni, kita buka di bahagian Accounts & Banking kan.. macam gambar di bawah.
** Accounts & Banking **

 ** Klik pada Saving Account-i **

 ** Transaction History **

** Penyata transasksi ni je yang tau **

Kita akan semak baki dan juga urusan transaksi keluar dan masuk duit kita. Tapi….
Bahagian ni hanya dapat tengok setakat tempoh 3 bulan sebelumnya. Dalam situasi Paparea ni, memang tak dapet la nak semak tahun lepas punya. Kalau nak tengok transaksi tahun sebelum ni, macamana ya?

Jawapan pertama yang difikir, mestila ke Maybank je, amik penyata, kan3...

Jawapan Paparea pulak, lepas ni dah tak payah nak buang masa, buang duit, buang tenaga pi bank, buka je M2U. Semua dah ada dalam tu, Cuma kita je yang tak tau tentang ni. Tapi pada korang yang tak ada M2U, kena paksa pi Maybank jugak la daftar M2U. Okay, pada yang nak tahu caranya, meh kita nak habaq.

Langkah 1 :

Buka laman Maybank2u. Log Masuk seperti biasa.

Langkah 2 :

Di page ni, klik pada e-Bills & Statements.

Langkah 3 :

Di page ni pulak, klik pada Statements.

Langkah 4 :

Ni adalah untuk pengesahan. Bagi yang kali pertama buka, ni yang akan di tanya, next time dah takda dah Confirmation ni. Sekali je. Klik Accept.

Langkah 5 :

Klik pada Savings Account. Pilihan lain pun ada jugak macam Current Account, Investment Account dll. Korang boleh pilih la mana yang berkaitan.

Langkah 6 :

Ni page Statement Summary. Klik dan pilih akaun serta tarikh @ bulan yang korang nak. Then click Get Statement.
** Tarikh yang ada tu hanyalah setakat 1 tahun sebelum sahaja dan tarikh penyata dibahagikan kepada 4 suku tahun tersebut. **

** Maksudnya, Januari to Mac, April to Jun, Julai to September and Oktober to Disember **

Langkah 7 :

Kat sini terpapar la maklumat akaun kita pada tarikh yang dipilih.

Di bawah tu ada petak View Statement Detail and Download / Print. Kalau nak muat turun terus klik Download. Penyata tu dalam format PDF ye. Pastikan PC, Laptop and  telefon ada app/software PDF, baru boleh buka.

Tapi Paparea lebih suka view dulu. Yela, mesti nak tengok.

Langkah 8 :

Klik View Statement Detail.
** Di sini tercatat semua transaksi akaun kita dalam tempoh 3 bulan **

Langkah 9 :

Sekiranya nak muat turun, klik je Download / Print. Boleh la cetak. Ada 2 cara nak simpan, Soft Copy and Hard Copy.

1.   Soft Copy @ Salinan Lembut bermaksud, dokumen yang disimpan dalam pendrive, external mahupun memory telefon dan ia masih dalam bentuk data.
** Format PDF **

2.   Hard Copy @ Salinan Keras bermaksud, dokumen yang telah dicetak / print dan sifatnya adalah kekal dan tidak boleh diedit. Contohnya dokumen yang dicetak di atas kertas.
** Cetak / Print **

Ni la penyata bank akaun kita. Penyata ni sama seperti penyata yang maybank hantar ke rumah kita pada hujung/awal tahun.

Langkah 10 :

Selesai sudah semak penyata bank ni. Aik, macamana nak Log Out ni? Mana tempat nak klik Log Out, tak da pun.

Cara nak kembali ke page utama M2U @ nak Log Out ialah dengan klik pada Online Banking di menu bar atas hujung kanan tu.

Dah kembali ke page utama, boleh klik Log Out dari M2U seperti biasa.

Amacam, boleh faham tak? Harap perkongsian ni dapat membantu sikit sebanyak tentang penyata akaun bank. Pakat2 kongsi ye tips ni pada kengkawan yang tak tau.

CARIAN YANG BERKAITAN :

1. Cara Nak Print Statement Bank
2. Cara Nak Dapatkan Penyata Akaun Maybank
3. Cara Nak Semak Statement Bank Tahun Lepas
4. Cara Semak Penyata Maybank Akaun Simpanan Tahunan
5. Cara Print Penyata Akaun Dari Maybank2u

Sekian saja untuk entri ni, nantikan pelbagai lagi tips, resipi, kesihatan dan macam2 lagi di entri seterusnya dari kami MamaPapaRea. Bye2 dan jumpa lagi.

By:
PapaRea
Continue Reading

Jumaat, 13 April 2018

ASB ONLINE (MYASNB) : MASALAH LUPA ID PENGGUNA DAN LUPA KATALALUAN / PASSWORD

 
Salam Silaturahim Untuk Semua.

Sejak2 zaman serba canggih ni, kebanyakkan semua perkhidmatan telah di upgrade ke sistem atas talian (online). Walaupun begitu, sistem manual cara lama tetap ada jugak. Tapi apa2pun saling bergantung jugak. Ada kelebihan masing2.

Kali ni Paparea masih lagi nak sambung berkenaan ASB Online (MyASNB) tentang Masalah Terlupa ID Pengguna dan jugak Terlupa Katalaluan / Password. Kalau yang belum mengikuti perkongsian MyASNB sebelum2 ni, sila klik link di bawah ni.
  1. CARA DAFTAR ASB ONLINE MELALUI KIOSK ASB
  2. CARA DAFTAR ASB ONLINE MELALUI PORTAL MyASNB
  3. CARA LOG MASUK MyASNB SECARA TERPERINCI
  4. ASB ONLINE (MYASNB) : CARA BUAT PINDAHAN(TRANSFER) UNTUK TAMBAH PELABURAN AKAUN ASB SECARA ONLINE

Masalah ni selalu terjadi pada pelabur kerana ASB ni majoriti kita semua yang ada akaun ASB jarang skali la nak berurusan. Bila waktu terdesak ja baru nampak jalan ke ASB ni tu pun selagi masih ada isi dalam akaun. 

Mula la mata duk kelip pok kelip pok. Bila hentam je jadi la macam gambar ni.

** PERINGATAN **
Korang kena ingat, ID Pengguna & Password  ni hanya limit 3 kali cubaan untuk log masuk. Kalau 3 kali tetap jugak salah, automatik sistem akan sekat kita punya ID. Jika akaun disekat disebabkan kesilapan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan, akaun akan diaktifkan semula secara automatik selepas 24 jam. Sila cuba log masuk semula selepas tempoh tersebut. Pastikan anda telah memasukkan butiran yang tepat (ID Pengguna dan kata laluan).

Jadi kita sebagai manusia, disebabkan perkara ni, selalu ingatan kita terhadap perkara ni sering terlupa. Pada yang mudah lupa la macam Paparea. Bukan penyakit pelupa, sebab banyak password yang berlainan untuk setiap sistem online ni. Hahaha...

Meh kita kongsi sama2 Cara Mangatasi Masalah Terlupa ID Pengguna dan Masalah Terlupa Katalaluan MyASNB.

Masalah Terlupa ID Pengguna

1. Seperti biasa, buka website MyASNB. Klik Log Masuk. Klik ‘Lupa ID Pengguna?’. Klik TERUSKAN.

2. Di page ni, masukkan no KP / IC  dan jenis akaun ASNB korang. Klik SETERUSNYA.

3. Ini adalah bahagian Pengesahan Identiti. Masukkan jawapan di setiap soalan yang terpilih dengan jawapan korang semasa mendaftar MyASNB ni. Selesai klik SETERUSNYA.

Ini yang Paparea ingatkan korang masa mendaftar pada mula2 di MyASNB ni, minta screenshot soalan dan jawapan untuk simpanan rujukan korang. Ketika masalah2 macam ni la kita perlukannya.

4. Bahagian ni, untuk permintaan no TAC. Dapatkan no TAC dan masukkan ke dalam petak yang disediakan. Klik SETERUSNYA.

5. Ok, dah Berjaya dapatkan no ID Pengguna korang.

Jadi, korang pasti ingat apa password korang kan. Dah boleh LOGIN seperti biasa.

Sekiranya korang masih lagi tak jugak ingat apa Katalaluan/Password, klik terus ‘MENETAPKAN SEMULA KATA LALUAN’ @pun masuk di laman LOG MASUK.

Masalah Terlupa Katalaluan

1. Klik pada Lupa Kata Laluan?.

2. Di page ni, masukkan ID Pengguna korang dan jugak no MYKAD / IC. Klik SETERUSNYA.

3. Seperti biasa bahagian Pengesahan Identiti. Jawap soalan ni beserta jawapan korang.

4. Dan jugak permintaan ni TAC.

5. Bahagian ni, korang diminta memasukkan katalaluan baru.

Kata laluan lama telah di RESET semula. Jadi masukkan katalaluan baru ye, tak boleh guna yang lama lagi, tak boleh sama, mesti lain.

6. Anda berjaya. Sila Log Masuk seperti biasa.

Macamana sahabat semua, dah boleh ke?

Nak di cerita, mula2 Paparea tersalah masuk ID, biasa la sama taip sama snap pic, sampai tak nampak ada silap. Ala sikit sangat je pun salah, kesalahan pada huruf besar & huruf besar je. Memang try masuk di Log Masuk terus kena block. Tgu esok la jawapannya.

Dalam masa yang sama, try la email ke alamat emel myasnb yang ada di halaman MyASNB.
Sekiranya masalah masih berlarutan, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan kami di 03-80268101 (Isnin hingga Jumaat, 8 pagi - 6 petang) atau emel kepada myasnb@pnb.com.my.

Jadi Paparea cuba la call no tu, operator yang angkat, pegawai perkhidmatan pelanggan kami tengah sibuk melayan pelanggan. Bla bla bla bla…..

3 kali la call, membazir kredit ja tunggu punya la lama, siap dengar music lagi. Try la pulak dengan cara emel.

Tunggu la jawapan dari depa, kurang seminggu jugak la depa balas.
Minta call talian tu, tak jugak dapat2.

Last buat keputusan, try p cawangan ASNB di bandar, mana tau, pegawai sana boleh tolong reset semula. yela, sebab sana la kita mula mendaftar di KIOSK MyASNB tu. mesti boleh settle masalah ni. Hehehe…

Dah sampai sana, peg sana cakap, depa tak boleh buat apa2 berkaitan MyASNB ni. Dan peg sana cuba call khidmat pelanggan MyASNB tu. Punya la cepat operator tu sambut.

Jawapannya, kita sendiri kena call no tu jugak. Hmmm…
Buat penat je p sana. Apa lagi, balik rumah baru call, punyala mudah pulak tak da busy  sangat pun. Dapat la bercakap dengan peg operator tu.

Untuk pengesahan diri, bagi nama penuh, No IC, no Tel yang berdaftar. Terus dia reset semula. Dalam 2jam macam tu dah boleh cuba log masuk semula seperti pertama kali kita mendaftar MyASNB ni.

Selesai la perkongsian masalah lupa ID & katalaluan.

CARIAN YANG BERKAITAN:

1. Terlupa ID Pengguna MyASNB
2. Terlupa Katalaluan / Password MyASNB
3. Masalah Lupa ID dan Password MyASNB
4. Cara tukar password MyASNB

Okay semua sahabat. Setakat ini je la entri tentang MyASNB. Jika ada apa2 persoalan boleh la tanya di ruangan komen. Yang mana dapat Paparea bantu, akan Paparea cuba bantu yee.

#sayahanyapelaburASBsaja
#sayabukannyapegawaiASNB

Bye bye…

PapaRea
Continue Reading

Ahad, 8 April 2018

ASB ONLINE (MYASNB) : CARA BUAT PINDAHAN (TRANSFER) UNTUK TAMBAH PELABURAN AKAUN ASB SECARA ONLINE

 
Apa khabar semua? Harap semua sihat2 belaka. Amin….


Hari ni Paparea nak share tentang cara nak buat pindahan (transfer) untuk tambah pelaburan akaun ASB secara online guna MyASNB ni.

Cara dia sama je dengan internet banking, transfer akaun ke akaun lain. Tapi wajib ada internet banking la contoh maybank2u, cimbclicks, affinonline dan macam2 lagi bank. Untuk proses di MyASNB ni, ia menggunakan sistem FPX Perbankan Internet.

Apa itu FPX?
1. FPX ialah Financial Process Exchange atau Proses Pertukaran Kewangan atau lebih faham ia adalah sistem pembayaran online di Negara kita Malaysia.
2. Pembayaran melalui FPX ini memberi pilihan kepada pengguna untuk membayar pelbagai perkhidmatan melalui fasiliti yang mudah dan selamat.
3. Ia juga disokong dalam sistem Kementerian e-gov mahupun syarikat swasta yang berdaftar khas dengan bank negara.

Sebagai peringatan pada semua, yang penting, berhati2 bila membuat setiap pembayaran. Kalau tersilap, nak dapat balik duit, hmmmm…

Jadi, berhati2 dalam meletakkan jumlah bayaran dan no. akaun tu. Pastikan semuanya betul. Ini ada beberapa contoh internet banking macam gambar di bawah:

1. Had pembayaran melalui bank bergantung pada had pengeluaran yang ditetapkan bagi setiap transaksi oleh bank itu sendiri.
2. Kita perlu ada akaun perbankan internet dengan mana2 bank berikut untuk buat pembayaran.

Kalau tak da, boleh juga nak transfer tapi terpaksa guna cara lama la, p mana2 kaunter ASNB. Hehehe…

Jom start

Ni Paparea kongsikan cara tambah pelaburan ke akaun sendiri dan juga tambah pelaburan ke akaun anak2.

Kita mula dengan Akaun ASB Sendiri dulu.

1. Seperti biasa, buka laman web MyASNB dan Log Masuk. Kalau korang masih belum daftar MyASNB ni, sila klik Link di bawah.


2. Bila dah masuk, klik pada bahagian PELABURAN TAMBAHAN.


3. Bila keluar page  ni, baca soalan tu. Jawab Ya ataupun Tidak, then klik SETERUSNYA.

4. Di bahagian Pengistiharan ni, ada 2 kenyataan. Kalau rajin baca, kalau malas pun takpa. Tapi baik baca cikit la, ada la faham jugak.
Tanda di kotak kecil bawah and  Klik SETERUSNYA.

5. Di bahagian Pelaburan Tambahan ni, masukkan jumlah berapa korang nak transfer ke akaun ASB korang. Lepas tu klik SETERUSNYA.

6. Untuk Pengesahan, masukkan karakter seperti imej yang diberi. Klik SETERUSNYA.

7. Ini Bahagian untuk proses pembayaran melalui FPX Internet Banking. Tempoh masa hanya 15 minit saja. Kalau lebih dari tu, kena mula dari awal.

8. Pastikan semua butiran yang dimasukkan betul dan pastikan jumlah pelaburan tu betul. Klik PROCEED TO PAY.

9. Pilih bank korang and  masukkan emel korang sekali. Klik Agree And Continue.

10. Automatik keluar online bank korang. Yang ni korang isi la untuk proceed transfer duit tu. Yang mana ada mesti dah tau kan caranya. Tak payah cerita la nooo.

11. Bila pembayaran tadi success, kembali ke FPX Payment Details. Klik pada bahagian Click Here To Complete Your Transaction.

12. Ini adalah Resit Transaksi bagi pertambahan pelaburan yang kita buat tadi. Ia sebagai bukti pembayaran dan di sini tercatat semua seperti no rujukan, jumlah, tarikh transaksi.

13. Dah boleh semak melalui menu tab Rekod Urusniaga MyASNB.

Ok, selesai sudah perkongsian cara tambah pelaburan ke akaun ASB sendiri.

Seterusnya, cara tambah @ transfer ke akaun anak2 pulak. Step dia sama saja cuma berbeza sikit ja di bahagian Pelaburan Tambahan.

1. Fisrt, buka menu Bijak / Remaja untuk akaun anak2. Pilih salah satu akaun (jika akaun lebih dari satu). Klik pada PELABURAN TAMBAHAN.

2. Bahagian pengistiharan sama, tanda di kotak kecil bawah and  Klik SETERUSNYA.

3. Di Pelaburan Tambahan ni ada cikit beza dari pindahan ke akaun sendiri. Masukkan amaun yang nak ditambah. Klik SETERUSNYA.

4. Lakukan seperti pindahan ke akaun sendiri (no.6 - no.12).

5. Lepas selesai transfer, boleh la semak penyata di bahagian Rekod Urusniaga Bijak / Remaja.

6. Setiap tansaksi melalui MyASNB ni, kita akan dapat notis melalui mesej ke no telepon kita.

** PERINGATAN **
Waktu Operasi bagi segala transaksi untuk perlaburan tambahan ni adalah bermula dari 7.00 pagi hingga 6.30 petang, hari Ahad hingga Jumaat. Manakala hanya hari Sabtu Minggu Ketiga sahaja dan Tidak Termasuk Cuti Umum.

Selain dari waktu yang dinyatakan di atas, tiada sebarang urusniaga (Pelaburan Tambahan) di MyASNB kecuali untuk semakan penyata sahaja. Pada laman pertama MyASNB telah dicatat Waktu Operasinya.

Selesai semua perkongsian Cara buat Pindahan / Transfer Untuk Tambah Pelaburan Akaun ASB.

Untuk entri seterusnya, Paparea nak kongsikan cara mengatasi masalah terlupa IP Pengguna dan Lupa Katalaluan.


CARIAN YANG BERKAITAN:
1. Cara Semak Baki ASB Online
2. Cara Buat Pindahan ASB Online
3. Cara Transfer Duit ASB Online
4. Tambah Pelaburan ASB Online
5. Semak Baki Dan Penyata Online ASB
6. Tambah Duit Ke Akaun ASB Anak Secara Online

Sekian, terima kasih kerana sudi singgah Blog MamaPapaRea. Jumpa lagi di entri seterusnya. Bye2…

By:

PapaRea
Continue Reading